Thursday, October 24, 2013

Novel Mawar Berduri Edisi Baru



Assalamualaikum buat semua.. Ni haa, nak cakap sikit.. Novel Seindah Mawar Berduri akan dikemaskini dalam cover baru. lebih menarik. Tajuk pun da lain. Insya Allah akan diterbitkan hujung tahun ini. Nantikan.. :)

Wednesday, September 11, 2013

Forum Remaja, Dia Datang Lagi

Kehadiramnu dialu-alukan


Alhamdulillah.. akan berlangsungnya esok forum ' Aku Dibius Cinta' pada jam 9 malam.. Ini bukan kali pertama aku berjumpa muka dengan Hilal Asyraf dn Ustazah Fatimah Syarha.. tapi first time dengan Salima Habibi..

Kali pertama aku bertemu dengan Hilal Asyraf sewaktu ekspo buku di PWTC awal tahun lalu... Sempat mintak signature dan bergambar lagi.. Hehe... Ustazah Fatimah Syarha rasanya sudah 3x datang ke kampus aku termasuk untuk forum esok. Kali ini berjumpa lagi. Banyak rezeki aku bertemu dengannya. Alahmdulillah.

Hanya coretan buat diri sendiri. Moga ada manfaatnya bersama untuk forum esok malam. Insyaalah. Doakan moga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan.

Salam sayang...:)


Tuesday, September 10, 2013

Sabar Dalam Setiap Detik Kehidupan


Assalamualaikum buat semua pengunjung yang sudi menjenguk blog yang tidak seberapa ini..

Coretan kali ini mungkin kerana agak terkesan dengan peristiwa yang melanda sebentar tadi.. Allah datangkan pelbagai bentuk dugaan buat kita.. Samaada nak redha atau marah-marah dengan takdir yang mendepan itu.. Itu pilihan kita.. Terpulang..




Mungkin kita terkesan dengan ayat yang berada dalam gambar itu kan.. Seronok dengar kalam Allah yang membahagiakan.. Mendengar itu mudah mungkin payah untuk diamalkan.. Itulah manusia.. Fitrah Allah menciptakan kita dalam keadaan lemah.. Supaya kita sudi untuk merintih dan mengadu pada-Nya.. Sukar dijangka dek akal yang terbatas.. Hikmah Allah kadang-kadang tak dijangka.. Boleh jadi dinampakkannya di dunia lagi.. Sejam, Sebulan, Setahun, 2, 3 tahun, 10 tahun lagi, mungkin juga di akhirat sana.. Kita tak tahu.. Maka, positiflah dengan takdir yang mendepan.. Disamping usaha dan doamu..

Sebenarnya coretan ini tercetus apabila aku tertinggal bas untuk trip ke Bangi bagi subjek Operation Management (OM) semester akhir sebentar tadi. Baru je aku nak gerak pergi ke kampus, bas sudah bertolak meninggalkan aku. Dalam jam 7.30 pagi bas bergerak.Jujur aku rasa sakit sedikit kecewa dan sedih, rasa menyesal pun ada sebab salah aku tersedar lambat tadi.

Cuma aku positifkan diri. Memang salah aku sebab bangun lambat. Tapi apabila sesuatu perkara itu dah jadi, itulah takdir Allah buat aku. Aku kena positif. Aku terkesan sangat mungkin sebab markahnya dalam 10 markah. Dan ni first time aku ke Bangi. Sebelum ni tak pernah aku menjejakkan kaki ke sana. Aku yakin, aturan Allah sangat cantik. Mungkin Dia akan gantikan dergan tempat yang lebih baik lagi buat aku.Wallahu'alam. Aku positif dengan takdir mendepan. Cuma saat ni Allah nak tengok macam mana cara aku menghadapinya. Itu saja.





Aku terfikir lagi. Ada sesuatu yang tengah bermain di benak fikiranku. Terfikir dan terus terfikir. Kenapa ye, aku 'sanggup' rasa menyesal dan frust apabila tertinggal trip ke Bangi untuk satu hari ni? Tapi adakah aku ada rasa 'sanggup' menyesal dan frust apabila tertinggal Subuh, lalu Subuh iaitu menjadi Subuh Gajah? Hati aku cepat tersentuh apabila tertinggal berkaitan hal-hal keduniaan, tapi tak tersentuh dengan hal-hal ukhrawi?

Haihh... aku pelik disitu. Adaklah di saat ini, tika ini, hati ini jauh dari Allah? Aduhai hati, kenapa hilangnya 'rasa' dengan Allah? Mana nikmatnya cintamu dengan Allah? Mana hilangnya nikmat zikirmu apabila berzikir kepada Allah?

Aku kaget sebentar. Menggeleng-geleng kepala. Muhasabah sebenarnya. Pelik. Pelik dengan diri. Mana 'feel' nya? Kenapa hilang? Ada sesuatu ke yang masih kau tidak buat untuk Allah ? Ada sesuatu yang hilang? Di mana? Apa dia? So, kene la cari. Allah tidak menyorok benda itu, jalannya dah ada. Cuma aku yang memalaskan diri untuk meraihnya. Aduhai hati, kenapa lemau sekali ? Tak takut ke nanti mati hati tu?

Cumanya, selepas peristiwa tadi, aku rasa tenang sedikit walaupun tadi rasa sangat sedih dan frust.. Macam ni dah tadi.. T___T.. tapi tak ada lah sampai menangis.. Cuma terkedu sedikit.. Hayyai..




Coretan ini sebenarnya buat diri. Rasa terinspirasi dengan peristiwa tadi. Nampak kecil tapi sepertinya ada sesuatu yang aku nampak. Membuat kan jari ni ingin menari-nari di atas blog ini. Apapun, alhamdulilah! Nikmat paling besar aku dapat hari ini, dapat lagi solat Subuh walaupun terlewat sedikit. Dapat lagi hidup dan merasai nikmat iman dan islam. Allahu. Bersyukurlah wahai diri. Kau masih punya Allah yang sudi mendengar rintihan hati. Di saat manusia lain leka dengan hal-hal duniawi. Moga Allah redhai usaha yang kecil dan tidak seberapa ini. Allah Allah Allah.

Moga Allah permudahkan perjalanan sahabat-sahabatku ke Bangi. Ameen. Special for you, Banking Student Class E (BM1124E).

Thursday, September 5, 2013

Sedikit Tazkirah Buat Diri


Assalamualaikum buat semua pembaca blog ini..


Allah mendengar rintihan hamba-Nya..perit tapi hakikatnya manis..sukar dijangkau dek akal terbatas.

Sudah lama rasanya tidak update blog ni.. Da bersarang laman sesawang ini.. Hehe.. Bukan apa.. Saya ada juga sumbangkan sedikit karya saya kat http://www.fawaid.my/.. Mungkin masa untuk menulis banyak diluangkan kat website sana...

Alhamdulillah.. Masih diberi kesempatan untuk menukil sedikit di blog ini.. Tiada apa yang hendak diungkapkan.. Cumanya saya ada sedikit menyimpan keinginan untuk menghasilkan sebuah buku. Tidak kisahlah novel atau buku berkenaan himpunan cerpen mahupun kisah hidup.. Semoga diberi kekuatan menghadapinya..
Mohon doa kalian semua..

Moga-moga kita semua sentiasa tabah dalam menghadapi kehidupan yang berliku ini.. Adakalanya yang pahit terpaksa dilalui demi menggapai sesuatu yang manis.. Tiada siapa yang suka menelan ubat sekiranya tidak memikirkan ubat tersebut dapat menyembuhkan penyakit yang dialami yang hakikatnya dengan keizinan dari Allah jua..

Selamatkan lah saudara seislam kami yang berada di Mesir, Syria, Palestin dan dimana-mana sahaja ya Allah..
Engkaulah sebaik-baik penolong buat hamba-Mu yang lemah..

Nukilan itu mudah, namun mengukirnya di alam nyata itulah yang susah.. Moga Allah menolong kita dalam menghadapi hari-hari yang mendatang...

Sekadar peringatan diri yang pendek buat diri ini.. Sering lupa jika tidak diingatkan.. Moga redha Allah sentiasa melingkari kehidupan kita..

Salam sayang buat semua... Jangan sedih-sedih... Allah ada ! Senyum.. :)

Sunday, April 21, 2013

Kebenaran Tanpa Ikhlas






Ingatlah ALLAH takkan sesekali MEREDHAI sebarang NIAT yang TIDAK IKHLAS, KEBENARAN yang cuba kau sampaikan akan TERHIJAB dan SUKAR MENEMBUSI.

(Pesanan buat diri)

Thursday, April 18, 2013

Hadiahkan Al Fatihah Buat Mereka



Ada 1001 hikmah tersembunyi di sebalik al fatihah


Pada hari Rabu bersamaan 17 April 2013 dalam rancangan Tanyalah Ustaz, dikelolakan oleh seorang ustaz yang bernama Ustaz Mohd Hanafiah Abdul Malek seorang pendakwah. Suka saya mengongsikan sedikit apa yang saya dapat daripada rancangan tersebut. Tajuk yang dibawakan adalah " Anak Bapak ". 

Dalam penyampaian tersebut, ustaz ,mengatakan baca al fatihah untuk ahli keluarga kita yang bermasalah. Anak-anak bermasalah, pasangan tidak solat dan sebagainya. Apabila sampai pada ayat " Iyyakana' budu wa iyyakanasta'iin", doakan buat mereka apa yang kita mahukan dalam hati. Bacakan al fatihah buat mereka bukan di dalam solat tapi ketika berada di luar solat. Bacakan buat keluarga kita yang bermasalah, moga-moga ada kebaikannya.

Semoga perkongsian ini bermanfaat dan sama2 kita mengamalkannya terutamanya diri yang menulis ini :)

Tuesday, April 16, 2013

Kisah Abu Thalhah Yang Pemurah


Sedekah memang payah namun penuh dengan barakah

Dari Anas,dia berkata : " Abu Thalhah termasuk kaum Ansar yang paling banyak hartanya di Madinah berupa pohon kurma. Dan harta yang paling disukainya adalah baihura' (tanah terbuka) dan tanah ini menghadap ke masjid. Rasulullah shallallahu alaihi wasallam pernah memasukinya dan minum air dari mata airnya yang segar. Anas berkata, " Apabila turun ayat :

" Tidak sekali-kali kamu sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai. Dan apa saja yang kamu nafkahkan, Allah mengetahuinya." ( Ali Imran (3) : ayat 92)

Setelah mendengar ayat tersebut, Abu Thalhah bergegas menemui Rasulullah shallallahu alaihi wasallam lantas berkata : " Harta yang paling aku suka adalah baihura', aku sedekahkan kerana Allah. Aku mengharapkan kebajikan darinya dan ganjaran di sisi Allah. Gunakanlah Rasulullah, menurutmu apa yang terbaik yang diwahyukan oleh Allah kepadamu." Anas berkata : " Lalu Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda :  

" Bagus. Itulah harta yang membawa keuntungan, itulah harta yang membawa keuntungan. Sungguh, aku telah mendengar apa yang kamu sampaikan dan cadangan aku, agar kamu memberi sedekah itu kepada kaum kerabat."

Abu Thalhah berkata : " Aku telah melakukannya, Rasulullah." Kemudian Abu Thalhah mengagih-agihkan harta tersebut kepada kaum kerabatnya dan saudara-maranya." ( Muttafaqun 'alaih)

Dipetik dari buku " Banyak Sedekah menjadikan hidup lebih Berkat", karya Abu Ahmad Abdul Fattah terbitan Kemilau Publika.

Monday, April 15, 2013

Sumber Inspirasi 



Tak perlu cakap banyak.. 
Biar gambar yang bercerita..
Ni salah seorang ustaz atau pendakwah yang aku minat la..
Beliau merupakan pakar ekonomi Malaysia yang terkenal..
Petah berkata-kata..


Sapa dia? Cer teka.. Jeng3..
Beliau di sebelah kanan, Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman (UZAR)


Presiden Multaqa Asatizah dan Du'at (Murshid) juga Pensyarah Kanan UIA Gombak



Ni adalah salah satu buku beliau yang memberi aku semangat untuk lebih berusaha dan  berjaya.

Salah satu artikel dalam buku tu bertajuk, " Saya, Kisah Benar dan Motivasi Diri" adalah first karya beliau yang aku baca dalam blog beliau, Zaharuddin.net. Tulah first time aku kenal ustaz ni. First time baca tu jugalah aku terus minat dengan ustaz ni. Artikel itu penuh dengan inspirasi. Jadi semangat bila membacanya. Tak percaya, try baca..



Sampai sekarang tidak tahu berapa umur ustaz.. Kuat berahsia ustaz.. Hee..


Hanya ingin memperkenalkan
Ulama' muda
Yang dikagumi
Tidak salah meminati
Lebih baik lagi kalau mencontohi
Ramai lagi ulama'2 lain yang boleh dicontohi
Masing2 ada pilihan sendiri
Jangan bergaduh jangan bertelagah
Selagi ulama' mengikut al quran dan as sunnah menjadi pilihan
Jangan pula ulama' dunia yang dijadikan ikutan
Hanya bermadah untuk tatapan kalian


Menjadikan Prof Dr Yusuf Al Qaradawi sebagai role model

Masing2 ada role model untuk diikuti..
Jangan pilih yang terlalu susah untuk diikuti..
Ikut kemampuan diri..
Minta pada Ilahi..
Moga dipermudah untuk mengikut jejak pewaris Nabi..
Selagi hayat sudi dipinjami..
Oleh kekasih agung Rabbul Izzati..
Allahu Rabbi..

Moga ada manfaatnya :)




Sedekah Suburkan Rezeki Dan Memberi Kepuasan



Buku yang bagus dibaca berkaitan sedekah

Jangan Terpengaruh Dengan Bisikan Syaitan 
                                           
Firman Allah dalam surah Al-Baqarah (2) ayat 268 yang bermaksud :

" Syaitan menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan (bakhil); sedangkan Allah menjanjikan untukmu keampunan dariNya dan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (kurniaan-Nya) lagi Maha Mengetahui."

Dalam mentafsirkan ayat ini, Ibnu Abbas berkata, " Ada dua perkara dari Allah, dan dua perkara dari syaitan."

Dua perkara dari syaitan ialah :

Syaitan menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan. Syaitan berkata : " Janganlah kamu infaqkan harta kamu, simpanlah untuk diri sendiri kerana kamu memerlukannya." Dan menyuruh kamu berbuat kejahatan (bakhil).

Sedangkan dua perkara dari Allah adalah :

" Allah menjanjikan untuk kamu keampunan daripada-Nya," maksudnya ke atas maksiat yang kamu lakukan, " dan kurnia" berupa rezeki.

Al-Qadi Ibnu Atiyah mentafsirkan ayat ini dengan berkata :

" Maghfirah (keampunan Allah) adalah janji Allah bahawa Dia akan menutup kesalahan hamba-Nya di dunia dan di akhirat. Sedangkan al-fadhl (kurnia) adalah rezeki yang luas di dunia, serta pemberian nikmat di akhirat, dengan semua yang telah dijanjikan Allah SWT.

Imam Ibnu Qayim Al-Jauziyyah dalam mentafsirkan ayat ini berkata :

" Demikianlah peringatan syaitan, orang yang menginfaqkan hartanya akan jatuh miskin bukanlah tanda kasih sayang syaitan kepada manusia, dan bukanlah nasihat baik untuk manusia. Adapun Allah, Dia menjanjikan kepada hamba-Nya kemapunan dosa-dosa, serta kurnia iaitu pengganti yang lebih baik daripada yang dia infaqkan, dan dilipat gandakan oleh-Nya sama ada di dunia saja atau di dunia dan di akhirat."

Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda : " Harta itu tidak akan berkurang kerana disedekahkan."       (Hadis Riwayat Muslim)

Jika kaedah baku ini difahami oleh setiap muslim, nescaya tidak kira ketika miskin atau kaya, senang atau susah, setiap muslim pasti akan bersedekah kerana mereka yakin Allah pasti menambahkan harta dan kekayaan mereka. Siapa sahaja yang suka bersedekah, Allah akan balas dengan memberi sedekah kepada hamba-Nya. Percayalah!

Tetapi, jika sebaliknya, bagi muslim yang tidak percaya dan tidak mahu bersedekah, rezekinya akan diisempitkan oleh Allah. Telitilah hadis berikut ini. Asma' pernah bertanya kepda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam : " Rasulullah, aku tidak mempunyai harta selain yang diberikan Zubair kepdaku, adakah aku boleh sedekahkannya?" Baginda menjawab :

" Bersedekahlah, jangan engkau berkira (bakhil), sehingga Allah juga akan berkira terhadapmu (menyempitkan rezekimu)." ( Hadis Riwayat al-Bukhari)

Sebenarnya Aku Kaya

Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda : " Kekayaan (yang sebenar) bukanlah banyak harta. Namun kekayaan (yang sebenar) adalah hati yang sentiasa merasa cukup." (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Bersedekah Mengikut Kemampuan

Dari Asma' binti Abu Bakar, dia pergi bertemu Nabi shallallahu alaihi wasallam lantas baginda bersabda :

" Janganlah kamu berkarung-karung (mengumpul harta dalam karung dan kamu kedekut untuk menginfaqkannya), kerana Allah akan menyempitkan rezeki untuk kamu dan berinfaqlah sekadar kemampuan kamu." (Hadis Riwayat Bukhari : 1434)

Oleh itu, saudaraku sekalian, bersedekahlah kerana ia dapat menyuburkan rezekimu, memberi berkat ke atas rezeki yang diinfaqkan. Malah, terasa kepuasan dan kelapangan di dada apabila bersedekah. Dengan niat ikhlas kerana Allah. In shaa Allah!

Dipetik dari buku :
Banyak Sedekah menjadikan hidup lebih Berkat karya Abu Ahmad Abdul Fattah terbitan Kemilau Publika.


Sunday, April 14, 2013

Sweet Dok :)?





Siapa dia? Cer teka.. Hee.. :)
Ustazah tersayang.. Penunjuk jalan buat hati yang kelam..
Ingin mencontohi kekuatan beliau dalam menyebarkan dakwah bahagia..




Ya Allah..
Bukan hanya minat semata..
Tapi lebih dari itu..
Permata cahaya yang ingin dikecap..
Bukan menatap gambar semata-mata..
Bukan membaca nukilan hanya sahaja..
Tapi lebih dari yang dijangka..
Ingin mahukan contoh yang dapat memberi inspirasi..
Untuk diikuti..
Di akhir zaman yang banyak ikutan yang gila-gila..
Yang tidak layak dijadikan serikandi sejati..


Ustazah Fatimah Syarha Mohd Noordin (lebih suka ku panggil UFAS)





  

 Suami beliau, semua kenal da kot.. Dr Farhan Hadi..





Ok.. bereh da tuh..:)
Nak memperkenalkan suri teladan yang amat saya kagumi..
Di akhir zaman ini.. serikandi yang aku nak contohi..
Kerana mencari redha Ilahi..
Hingga bertemuNYA nanti..
Allahu Rabbi..
Rindu saat bertemuMU dengan hati yang sejahtera..

Moga ada manfaatnya.. :)

Karya Penulis Muda




Seorang penulis muda yang matang. Beliau telah menghasilkan sebuah karya yang agak baik. Seiring usianya yang masih muda, pemuda ini berjaya menghasilkan sebuah karya yang matang walaupun masih baru dalam dunia penulisan. Boleh dapatkan karya pertama beliau Travelog Budak Mentah dengan hanya melaburkan RM19 sahaja untuk sebuah buku. Harga sangat sedikit berbanding manfaat ilmu yang akan dipelajari. Tidak salah rasanya memperkenalkan buku beliau buat tatapan umum. Moga ada manfaatnya.


Selamat membaca dan menghayati!