Tuesday, August 30, 2011

Tatkala Diri Ini Leka Dari Amanah

Ya Allah
Diri ini sering leka
Tatkala menyampaikan pesan kebenaran
Diri alpa melakukan amal
Menyuruh insan lain melaksanakan amalan
Amat mudah namun diri sering lalai dari pelaksanaannya

Ya Rabbi
Hati ini rindu untuk merintih padaMu
Hati ini ingin sekali menangis padaMu
Menginsafi diri yang leka melaksanakan amanah
Dalam kehidupan yang fana ini

Ya Rahman
Sesungguhnya Engkau terlalu sayang pada hambaMu
Melebihi sayangnya ibu pada anaknya
Allah... Aku selalu berbuat dosa pada diri, ibubapa, kawan2, sanak saudara
Aku lupa ada amanah yang berat terpikul dibahuku
Datang ke dunia sekejap cuma
Namun aku lalai, terpedaya dengan dunia yang penuh tipu daya

Wahai diri
Kenapa kau tertipu dengan dunia yang penuh mainan ini
Bekalan kau terlalu sedikit untuk menuju ke alam sana
Tapi kau leka
Lalai dengan tipuan cinta dusta
Tertipu dengan dunia sementara
Qana'ahlah wahai jiwa
Takutlah bertemu Allah
Dalam keadaan kau meninggalkan harta
Yang halal tentunya dihisab
Adakah benar2 untuk keperluanmu
Atau kepuasan nafsu semata
Apatah lagi yang haram dan syubhah

Allah Rabbal Alamien
Sungguh aku tertipu dengan dunia ini
KalamMu telah lama berbicara
Namun hatiku endah tak endah
Itu petanda jauhnya aku denganMu Ya Rabb
Walau ramai yang memandang diri ini sudah baik, alim
Ahh.. tapi apa gunanya jika di pandanganMu aku hanyalah rendah

Ya Latif
Lembutkanlah hati hambaMu melakukan kebenaran
Lunakkanlah hati ini melakukan kebaikan
Mudahkanlah hati ini meninggalkan kemungkaran
Sungguh jiwa ini rindukan cahaya kebenaran
Petunjuk jalan yang benar
Bimbinglah aku Ya Rabb
Walau rasa tidak layak
Namun aku amat memerlukanMu dalam kehidupan
Hasbunallaha ni'mal wakil

Jadikanlah hati ini untukMu semata
Pandulah aku Ya Allah
Siapalah aku tanpaMu
Ampunilah dosaku, dosa kedua ibubapaku, teman2ku, sanak saudaraku, guru2ku, dan umat Islam seluruhnya.

Jadikanlah hati hambaMu sentiasa ikhlas keranaMu
Bukan kerana meraih pandangan hamba2Mu
Yang tiada erti ketika perjumpaan denganMu di sana kelak
Tautkanlah hati ini
Kemas untukMu Ya Allah
Jadikanlah hati ini berani menyampaikan kebenaran.

Amiin.