Thursday, December 20, 2012

Munajat Rindu Buatmu Ya Rabbi





Hati ini menangis dan terus menangis memikirkan permasalahan diri
Hidup kaku, tiada erti
Masih tercari-cari erti kehidupan ini
Mendambakan redha dan kasih Ilahi
Tidak mahu menyendiri
Menyepi sendiri

Tidak seharusnya lari dari tanggungjawab sebagai daie
Daie seharusnya tidak bersikap begini
Tahu dirimu suka bersendiri
Namun jangan dilupa amanah yang diberi
Kelak ditanya di alam kubur nanti
Terketar di hadapan Allahu Rabbi

Bagaimanakah nasib diri nanti?
Jika hanya merintih di jiwa naluri
Tanpa tindakan benar disusuli
Buat apa Allah memberimu anugerah yang mahal terperi?
Kalau tidak digunakan sebaiknya ke jalan yang direstui Ilahi?

Ku mendambakan ketenangan yang abadi
Dari kekasih Yang Sangat Memahami

Moga diri ini kan berubah buat ummah
Yang amat merindukan seorang mujahidah
Di akhir zaman yang penuh mehnah
Moga panduan dari Allah Yang Maha Pemurah
Kan memandui setiap bait-bait masalah
Yang melingkari kehidupan diri yang lemah

Wahai Tuhan Yang Maha Mengetahui
Diri ini rindukan perubahan hakiki
Buat diri, keluarga, masyarakat dan negara masa kini
Moga petunjuk sepanjang jalan akan ku terajui
Sehingga bertemu dengan-Mu dengan hati yang sejahtera dan suci.

Tuesday, December 18, 2012

Thursday, September 17, 2009


BERDAKWAH DENGAN MATA PENA


Oleh : Nur Khalida Osman.

Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah kita berjumpa lagi dalam Al-Khattab edisi ke 6 ini. Untuk kali ini, mari kita berkenalan dengan salah seorang novelis muda yang maju bertapak dalam bidang penulisan dan juga pendidikkan di Malaysia sekarang. Saya tidak berkesempatan menemu ramah beliau kerana kesibukkan beliau yang baru menjawat jawatan Pensyarah di UM. Walaubagaimanapun, beliau dengan murah hatinya berkongsi hasil temu ramahnya dengan seorang pelajar jurusan dakwah yang sedang membuat ‘project paper’ tahun akhirnya di UM dengan tema berdakwah dengan novel. Dia mengambil karya-karya berunsur dakwah Fatimah Syarha sebagai ‘case study’.Tujian Fatimah Syarha berkongsi temu ramah ini adalah untuk menyalurkan impian dan suara hatinya buat para penulis dakwah sekalian. Semoga perkongsian yang dititipkan ini dapat dijadikan sumber semangat untuk kita turut terjun ke medan yang sama yang telah dilalui oleh para penulis Islam yang lebih awal menyusun jejak mereka dalam menyebarkan dakwah melalui wadah penulisan ini.

Biodata Penulis

Fatimah Syarha Binti HJ. Mohd Noordin. Dilahirkan pada 17 Oktober 1984 di Kuala Terengganu. Kini menetap di Kuala Lumpur bersama suami tercinta, Dr.Farhan Hadi bin Hj. Mohd Taib. Merupakan graduan UIAM, Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, pengkhususan dalam Fiqh dan Psikologi. Kemudian mengambil Ijazah Bacaan Quran bersanad dan Daurah Bahasa Arab di Universiti Syeikh Ahmad Kiftaro, Damsyiq , Syria . Menyambung pengajian peringkat 'Master' di UIAM dalam bidang Fiqh dan Usul al-Fiqh. Beliau juga berkhidmat sebagai editor dan penulis di Syarikat Telaga Biru Sdn. Bhd.

Berpengalaman menjadi Peer Tutor di UIAM, Naqibah Study Circle UIAM, Fasilitator Pro-CAST Consultancy Sdn. Bhd, Ketua Pengarah Kumpulan Panel Editor UIAM, Ustazah di Sekolah Rendah Ibn Kathir, Gombak, Eksekutif Komunikasi Korporat di Kolej Teknologi Darul Naim dan sebagainya. Kini berkhidmat sebagai tenaga pengajar di Universiti Malaya di Jabatan Sains Gunaan dan Pengajian Islam.

Pernah dinobatkan sebagai novelis Sayembara Mengarang Novel Remaja DBP 2006. Antara karyanya yang terkenal ialah Seindah Mawar Berduri, Tautan Hati, Syabab, Musafir Kasih, Petua Membuat Orang Jatuh Cinta dan Duhai Teman Sejatiku. Mula berkarya dengan Telaga Biru Sdn. Bhd. pada Disember 2005.

Hasil temuramah Fatimah Syarha bersama pelajar tahun akhir jurusan dakwah di UM.




1.Apakah kayu ukur untuk menilai penerimaan novel dalam masyarakat di Malaysia?
Bagi syarikat penerbitan, kayu ukurnya ialah jumlah jualan.

Bagi penulis, kayu ukurnya ialah sokongan dan respon-respon pembaca melalui sms, e-mail, ym, friendster, surat dan sebagainya.
Bagi remaja pula, penerimaan novel sering diukur pada sejauh mana kawan-kawannya memperbincang tentang hal ini tidak kira melalui perbualan harian atau perbincangan dunia maya.

2.Menurut pandangan akak, apa prestasi penerimaan / sambutan terhadap novel dalam masyarakat pada masa kini?

Baik dan memberangsangkan.

3.Mengapa akak berkata demikian? (merujuk jawapan akak no. 2)

Masyarakat hari ini sedang dilanda tren semasa iaitu kecenderungan terhadap novel. Bahang kejayaan novel Ayat-Ayat Cinta dari Indonesia yang memaparkan unsur-unsur Islamik mungkin menjadi salah satu penyumbang ke arah tren semasa ini. Biarlah sambutan terhadap novel ada pasang surutnya, yang penting Islam yang diketengahkan dalam novel-novel Islamik akan cuba membuka minda pembaca agar menjadikan kehidupan beragama itu bukan satu tren semasa, sebaliknya satu penghayatan dalam cara hidup. Kesan pada masa akan datang yang diharapkan, mesej Islam akan terus memancing minat mereka tidak kira ia disampaikan dalam medium apa sekalipun.

4.Apakah kesan daripada membaca novel atau tidak membaca novel? (perbezaan yang boleh dilihat daripada orang yang suka membaca novel dengan orang yang tidak suka membaca novel)

Novel biasanya medium yang dekat di hati remaja. Ia mempunyai kuasa dan pengaruh tersendiri dalam kehidupan mereka. Ramai juga yang mengatakan ia menjadi ‘turning point’ kearah sesuatu perubahan. Kesedaran membaca memang wujud di kalangn mereka cuma masih keliru memilih bahan bacaan yang berfaedah. Mereka perlu dipandu. Remaja yang suka membaca novel cinta dusta, akan cenderung untuk menghampiri zina. Remaja yang langsung tak membaca novel pula, cenderung mencari bahan bacaan berbentuk hiburan dan gosip. Remaja yang mempunyai kesedaran untuk membaca novel-novel Islamik, bukan sahaja membantunya mendapat satu inspirasi hidup malah memperkayakan ilmu, bahasa dan sastera.





5.Bagaimana ingin menanam minat menulis novel? (dari sudut pandang novelis / da’ie)

Pertama sekali, nak jadi apa sekalipun, atau nak buat apa sekalipun, perlu ditanam
minat nak mengamalkan dan menyebarkan Islam. Kemudian, jika dikesan seseorang itu mempunyai banyak impian atau kisah hidup yang boleh diambil pengajaran, sedarkan mereka peri pentingnya menyalurkan pengalaman atau imaginasi itu kepada masyarakat supaya mereka memahami Islam dalam bentuk realiti.
Sama ada mereka mula menulis blog atau cerpen, itu satu permulaan yang baik dalam dunia penulisan. Yang penting Islam dapat tersebar. Huruf demi huruf yang ditaip akan berkembang menjadi ayat, kemudian berkembang lagi menjadi perenggan seterusnya menjadi satu cerpen.
Hanya perlukan sedikit lagi kesabaran untuk memperkembangkan cerpen tu menjadi beberapa cerpen yang dinamakan bab, maka terbentuklah novel. Mudah bukan? Ia ibarat kita ingin membuat sebuah ladang. Pokok demi pokok perlu ditanam sebelum mebentuk satu dereten pokok, seterusnya terbentuklah beberapa deretan pokok dan
akhirnya barulah menjadi ladang. Rasa mulia dengan usaha nak Bantu Islam bukan terlalu memikirkan natijah. Nanti tak siap novel tu kerana dibelenggu bisikan negatif dalam diri.

6.Bagaimana ingin menanam minat membaca novel? (dari sudut sasaran pembaca / mad’u)

Kalau mad’u tu dekat dengan kita, boleh hadiahkan kepadanya untuk merangsang minatnya membaca. Promosi oleh pihak syarikat pula melalui akhbar dan majalah banyak menyumbang ke arah minat sasaran pembaca. Selain itu, promosi tidak langsung oleh pembaca-pembaca sendiri melalui perbincangan di dalam forum, diskusi, internet dan sebagainya turut merangsang minat pembaca.

7.Apakah langkah yang perlu diambil oleh novelis untuk menarik minat masyarakat terhadap pembacaan novel ?

Novelis-novelis Islam perlu bangkit serentak beramai-ramai dalam mewujudkan gelombang novel-novel Islam hingga masyarakat menyedari kewujudannya dan tergerak hati untuk mengenali bahan bacaan itu dengan lebih dekat. Gelombang ini sedikit-sebanyak boleh melenyapkan bahan bacaan yang tak berfaedah kerana pembaca mula mengetahui mereka mempunyai alternatif. Oleh itu, saya menyeru anda, bukan orang lain tapi anda, untuk mula berkarya hari ini! Ayuh, kita bangkit serentak! Kalau bukan hari ini, bila lagi?








8.Apakah ciri-ciri novel yang dikira bermutu pada pandangan akak?

Akak memberi pandangan sebagai seorang da’ie bukan sebagai seorang hakim penilai DBP, maka bagi akak, apa-apa sahaja novel yang boleh menyerlahkan kefahaman
Islam yang jernih, itulah novel yang bermutu. Masakan tidak, tiada yang lebih bermutu melainkan mesej Islam. Sesuatu yang lebih diperjuangkan oleh seorang da’ie ialah matlamat bukannya cara. Cara itu mesti kreatif dan pelbagai serta teguh dengan panduan al-Quran dan al-Sunnah. Jika hakim penilai DBP, mungkin mereka akan melihat banyak faktor seperti bahasa, semangat nasionalisme, sejarah bangsa dan sebagainya. Apapun, jika elemen-elemen ini dapat diselarikan, ianya mungkin lebih baik untuk dakwah.

9.Apakah persediaan awal / kemahiran yang perlu dikuasai untuk menghasilkan sebuah novel yang baik?

Kemahiran untuk amal, ikhlas dan istiqamah paling penting. Jangan lupa sentiasa menambah ilmu dalam apa jua bidang. Ianya akan memberi kekuatan mesej dan roh dalam sesuatu novel. Memahirkan diri dengan kefahaman Islam dan penghayatannya jauh lebih penting daripada memahirkan diri dengan urusan-urusan teknikal yang lain.

Kemahiran-kemahiran lain dalam penulisan novel seperti bahasa, format gaya DBP, ejaan, struktur ayat, metafora dan lain-lain akan menyusuli sebaik sahaja kita mula mengangkat pena untuk menghunus kalam kebenaran. Kita nak sampaikan Islam dengan novel, sudah tentu kita akan termotivasi untuk menambah ilmu tentang gaya penulisan novel mengikut format yang diiktiraf. Banyak kursus-kursus penulisan yang boleh diikuti.

Nasihat akak kepada penulis novel yang lain atau bakal novelis suatu hari nanti dan pembaca novel atau mereka yang baru ingin berjinak dengan novel ataupun tiada hati untuk membaca novel dan buat mereka yang ingin memperjuangkan agama Allah, berdakwah dengan mata pena, maka ingatlah, Allah telah bersumpah dengan mata pena dan apa yang ditulis dalam surah al-Qalam ayat 1-2. Jadikan sumpah Allah ini sebagai satu motivasi penggerak kerana Allah tidak akan bersumpah dengan sesuatu melainkan kerana kepentingannya. Ketauhilah, langkah jihad ini tak maju dek puji, tak mundur dek keji tapi kan tetap melangkah memburu reda Ilahi.

Kepada mereka yang baru berjinak dengan novel, jika di situ ada Islam pasti di situ ada kebaikan. Ketahuilah bahawa Islam agama yang syumul, mempunyai alternatif dalam semua perkara. Tinggalkan novel yang tak bermanfaat kepada novel berfaedah sebagaimana perlunya meninggalkan hiburan melalaikan kepada hiburan islamik. Jadilah ‘full time’ Muslim bukan ‘part time’ Muslim. Ayuh, baiki diri dan serulah orang lain.
http://persatuan-pmms.blogspot.com/2009/09/berdakwah-dengan-mata-pena_17.html

Monday, December 17, 2012

Save Gaza!

Bumi Palestin terus berdarah namun darah para syuhada terus mekar mewangi di negara bergolak ini. Para syahid/ah tersenyum kegembiraan bertemu kekasih Agung Allah Rabbul Jalil


Di mana kalian ketika mereka kesakitan?
Di mana kalian saat mereka kelaparan?
Di mana kalian saat mereka kehilangan?
Di mana kalian saat mereka kedukaan?
Di mana kalian saat mereka ketakutan?
Di mana kalian saat mereka memerlukan?
Di mana kalian saat ramai mereka syahid bertemu Tuhan?

Di mana kalian saat mereka kering airmata keguguran?
Di mana kalian saat mereka dahaga kehausan?
Di mana harta kalian salurkan di saat mereka memerlukan?
Di mana doa kalian panjatkan di saat mereka di bedil zionis berhati syaitan?
Di mana kalian ketika mereka tidak dapat tidur menikmati kelenaan?
Di mana kalian ketika mereka merintih kehilangan orang tersayang?

Adakah kalian sudah memboikot barangan musuh Islam?
Adakah kalian sudah menghadiahkan Qunut Nazilah buat saudara seislam?
Adakah kalian sudah menginfakkan sebahagian harta milik peribadi buat pejuang Islam?
Adakah kalian sentiasa mendoakan buat saudara di sana selepas salam?

Atau adakah kalian hanya duduk diam?
Tidak membantu namun hanya tergamam.
Melihat saudara di sana dipukul lebam.
Oleh zionis laknatullah berhati syaitan.

Ayuh!
Apa lagi yang kalian tunggu.
Angkatlah senjatamu sedaya mampu.
Hulurkan doa tulusmu buat saudaramu.
Mereka menantimu untuk terus bersatu.
Menegakkan kalimah Tuhan Yang Maha Satu.
Hingga kemenangan Islam muncul membuka lembaran baru.

Allahu Akbar!

Wednesday, August 15, 2012

Pecinta Bersama Orang Dicintainya Di Akhirat

Assalamualaikum Kata Hasan al-Basri, aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu tapi tidak bermakna aku tidak layak menasihati kamu. begitulah pesan ulama' besar ini. pegang kata-kata ini di hati. moga dakwah tidak terhenti hanya kerana merasakan diri terlalu tidak layak dan tidak cukup ilmu. itu hanya permainan syaitan semata-mata. di samping itu berusaha sentiasa untuk menambah ilmu dan memperbaiki amalan. Buat adik-adik remaja di luar sana, Jiwamu merindukan belaian kasih sayang seseorang. Jiwamu begitu merindukan perhatian orang tersayang.Itulah dugaan. Tanpanya insan seperti ikan yang kehilangan air. Menggeletar menginginkan belaian air mencurah ke atasnya. Begitu juga manusia. Sentiasa menginginkan perhatian orang lain ke atasnya dicurahkan. Itu kita dengan manusia. Bagaimana pula kita dengan Allah? Adakah kita mahukan perhatian yang lebih dari Allah? Atau Allah tiada dalam kamus hidup kita? Pandangan manusia atau ALlah yang lebih utama? Inginku menasihati diri ini terutamanya dan juga muda mudi di luar sana, cinta yang baik adalah apabila ia datang dari hati yang bersih. Cinta yang mematuhi pertauran Allah. Cinta yang tidak melalaikan kita dari mengingati-Nya. Andai cinta yang diraih menjadikan diri ini makin alpa, muhasabahlah. Adakah ini cinta yang diredhai? Adakah cinta ini sudah cukup kuat untuk menggapai cinta Ilahi? Adakah cinta ini termasuk dalam salah satu cinta yang mendapat naungan Allah di akhirat kelak?
Andai ingin meraih sesuatu cinta itu, raihlah cinta yang mendapat pandangan di sisi Allah. Bukan cinta yang sia-sia dan membuang masa. Bukan cinta yang tidak memberi sebarang kebaikan untuk dunia dan akhirat kita. Fikirkan masa depan yang lebih jauh. Masa depan akhirat. Mencegah lebih baik dari merawat. Andai sudah terjebak, amat sukar untuk berpatah balik. Hati sudah terlalu buta dengan cinta dusta manusia. Redha Allah entah ke mana. Makin hari makin jauh dengan Allah. Moga ALlah ampuni kita. Wahai insan-insan yang dahagakan cinta, Rasulullah kan ada Cinta baginda cukup bermakna Buat insan kerdil seperti kita Walau telah lama meninggalkan umatnya Baginda tidak pernah lupa Menanti kita penuh teruja Menunggu suatu detik ketika Di mana kan tiba nanti Suatu hari Seseorrang akan bersama orang yang dicintainya Tika itu dengan siapa dikau bersama? Ayah? Ibu? Suami? Isteri? Tunang? Adik beradik? Couple? Ulama? Ustaz? Ustazah? Tok guru? Syeikh? Andai dengan si dia dikau bersama tika itu Adakah dkau yakin akan selamat Adakah pertolongan akan datang? Ayuh berfikir sejenak! Melakukan sesuatu itu biarlah memberi kebaikan dan keselamatan ketika di dunia apatah lagi nun di akhirat sana. Rasulullah memotivasikan kita dengan sebuah hadis, “Seseorang itu akan bersama dengan orang yang dicintainya (di hari akhirat nanti).” (Hadis Riwayat Muslim)

Wednesday, July 18, 2012

KedaTaNGanMu DiNanTi

MALAM INI, INSYA-ALLAH DUA PASANGAN YANG TIDAK ASING LAGI AKAN HADIR KE UITM JENGKA KAMPUS BAGI MEMERIAHKAN LAGI BERKENAAN CINTA. CINTA YANG AGUNG IAITU CINTA KEPADA ALLAH. MOGA KEDATANGAN MEREKA KE KAMPUS INI AKAN MENINGGALKAN KESAN YANG MENDALAM TERHADAP JIWA2 KAMI. AMEEN.

Thursday, February 23, 2012

Imaginasi dan matlamat yang jelas

Aku punya impian dan cita-cita untuk menjadi pendakwah yang berjaya, berkaliber serta profesional. Namun, kita seringkali takut mencuba sesuatu di luar fikiran kita.Berfikir di luar kotak adalah perlu agar kita dapat menjadi manusia yang kreatif dan berjaya.

Minatku adalah pada program2 Islam yang dianjurkan oleh mana-mana pihak seperti rancangan tv ilmiah, forum Islam di kaca tv, ceramah-ceramah yang diupload di youtube, novel islamik, majalah agama santai, artikel2 pendek dan sebagainya. Aku juga mempunyai impian mahukan pembimbing yang dapat membimbing diri ini dan mencontohinya. Berimaginasi mahukan impian yang besar dan mampu membawa kebaikan kepada akhirat adalah sesuatu yang menyeronokkan. Namun, ia memerlukan usaha dan pengorbanan serta keazaman yang kukuh bagi mencapainya. Allah dan Rasul-Nya adalah motivasi terbaik bagi melakukan kebaikan di muka bumi ini.

Andai kebaikan tidak dilakukan serta keburukan tidak diendahakan, diri ini umpama bangkai bernyawa yang mana hidupnya tidak memberi manfaat kepada orang lain. Sedangkan Rasulullah hidup di dunia ini banyak memberi manfaat kepada para sahabat dan manusia2 llainnya. Persoalan2 yang dikemukan para sahabat dan sahabiah dijawab sebaiknya oleh baginda. Ini menunjukkan baginda adalah contoh paling menarik manusia yang banyak memberi manfaat kepada manusia lainnya.

Kita mati sebelum masanya walaupun kita masih hidup, ianya apabila amanah sebagai hamba Allah tidak dijalankan sebaiknya. Walhal diri ini masih banyak kelemahan, namun ingatlah, ttiada diri yang sempurna di dunia ini melinkan baginda Rasulullah SAW. Memperbaiki diri adalah sesuatu yang memayahkan namun itulah satu2nya cara untuk mersih pandangan iistimewa disisi-Nya.

Hidup ini haruslah berani melakukan sesuatu yang mencabar walaupun di luar kemahuan kita. Yang payah itulah yang manis. Disitulah iman kita diuji. Hendak bersangka baik pada-Nya atau sebaliknya.

Apabila matlamat jelas, semuanya tersa mudah kerana ada Allah yang membantu. Moga diri ini adalah kilauan bintang yang akan memancarkan sinarnya buat ummah. Semoga Islam gemilang dengan kehadirannya.

Berkata itu mudah namun nak buat itu payah, tetapi tiada yang mustahil jika kemahuan ynag jjelas serta dengan izin-Nya.

Tuesday, February 14, 2012

Mimpi

Lihat! Sopankan dia. Inginku mencontohi beliau dari sudut pakaian dan akhlaknya juga.

Tengahari itu ketika sedang tidur pada jam 12.30, aku bermimpi tentang seseorang. Aku bermimpi bertemu dengan penulis kegemaran aku iaitu Fatimah Syarha. Ingatkan betul-betul namun rupanya mimpi saja. Tapi dalam mimpi tu, bila jumpa dengan si dia, dia memegang tangan aku dan menggengamnya. Terasa seperti ada aura waktu ia menyentuh tanganku. Rasa macam betul2 dalam kedamaian dan ketenangan ketika itu. Auranya menusuk kalbu.

Namun, selang beberapa lama kemudian, aku tersedar.Rupa2nya mimpi sahaja. Tapi rasa macam betul2. SEBAB TU BILA TERSEDAR RASA MACAM ALA MIMPI JE. INGATKAN DAPAT JUMPA BETUL2 DENGAN SI DIA. Bukan apa, da lama teringin nak jumpa dengan si solehah ni. Tak dapat jumpa betul, kesolehahannya terasa pula dalam mimpi. Auranya tetap mengalir walaupun dalam mimpi je. Wallahu'alam. Kadang2 macam2 rasa ketika dalam mimpi tu.

Walaubagaimanapun, mimpi yang buruk itu adalah dari syaitan. Manakala mimpi yang baik adalah dari Allah Yang Maha Esa. Dialah yang Berkuasa atas segalanya. Sekadar perkongsian. Allah yang Maha Mengetahui segalanya.

Monday, February 13, 2012

Inspirasi Pencetus Semangat Untuk Dicontohi

Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal, Pelajar terbaik SPM 2008 yang cukup menginsafkan kisahnya bagi penuntut2 ilmu mengambil pengajarannya

Dr. Zaharuddin Abdul Rahman, Pakar ekonomi Islam Malaysia

Fatimah Syarha Mohd Noordin, penulis novel terkenal tanah air

Ramai orang mengimpikan role model dalam kehidupan mereka. Namun, tidak dapat dinafikan bahawa RASULULLAH SAW adalah merupakan sebaik-baik manusia untuk diteladani. Dalam surah Al-Ahzab ayat 21, maksud firman Allah, " Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah."

Namun, lumrah manusia terutama remaja tercari-cari siapakah manusia yang dapat dicontohi di akhir zaman ini yang dapat dilihat di depan matanya sendiri..
Manusia yang dilihat di depan mata kasarnya lebih cenderung untuk diikuti daripada sesusuk peribadi yang indah yang telah lama meninggalkan umatnya di akhir hidup ini. Walhal demikian, setiap diri perlu bijak memilih siapa tokoh inspirasi yang perlu diikuti. Nilaiannya perlulah dengan ilmu dan iman. Bukan dengan nafsu dan kejahilan. Contoh yang diikuti itu pula mestilah seorang yang memilih Rasulullah SAW sebagai ikutan. Ini dapat dilihat apabila masa dan tenaganya digunakan untuk menyumbangkan sesuatu yang bermanfaat dan berharga untuk ummah.
Seharusnya juga kita tidak silap memilih siapa role model kita. Janganlah cenderung mengambil artis barat, ahli sukan yang tidak menutup aurat, k-pop, artis bollywood dan sebagainya sebagai ikutan dalam kehidupan seharian kita. Ianya merugikan malah sia-sia. Ketenangan tidak akan menyinggah dalam diri kita namun hanya kekosongan jiwa semata-mata.

Bagi saya sendiri, saya punya pilihan hati sendiri dalam memilih tokoh kegemaran saya. Saya amat gemar akan penulisan, cara penyampaian dakwahnya, mutiara hikmah yang dikeluarkannya ketika berceramah. Saya mula tertarik dengan tokoh ini apabila mula membaca blognya yang bertajuk, " Saya, Kisah Benar dan Motivasi Diri." Kisah tersebut benar-benar memberi kesan di hati saya dan mencetuskan satu semangat baru kepada saya. Dari situ, saya mula meminati beliau dan karya-karya yang beliau curahkan untuk ummah. Sungguh bermanfaat. Beliau ialah Dr. Zaharuddin Abdul Rahman. Merupakan pakar ekonomi Islam Malaysia. Beliau lebih cenderung kepada bidang fiqh kewangan dan ekonomi Islam. Semoga Allah merahmati dan memanjangkan umur beliau dalam terus istiqamah menyumbangkan sesuatu yang berharga untuk umat Islam yang amat dahagakan ilmu-ilmu baru. Saya juga gemar melawat laman sesawang beliau di Zaharuddin.net. Jika saya rindukan beliau, saya akan membuka laman web beliau dan membacanya. Selain itu, saya akan mendengar ceramah yang disampaikan oleh beliau melalui video-video yang saya simpan. Beliau menjadikan Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi sebagai role modelnya. Beliau merupakan ulama' muda di Malaysia. Beliau juga pernah menjadi pelajar terbaik mengalahkan pelajar-pelajar Arab ketika menuntut di Jordan dulu. Mempunyai seorang isteri dan 4 orang anak. Honestly, Saya tidak pernah berjumpa beliau namun memasang impian agar dapat bertemunya suatu hari nanti. Insyaallah.


Selain itu, suka saya kongsikan seorang lagi tokoh yang amat saya kagumi di abad ini. Beliau merupakan penulis yang amat terkenal di negara ini. Karyanya mampu mencairkan hati-hati yang keras dengan hunusan kata-katanya yang halus berseni.Beliau yang dimaksudkan ialah Ustazah Fatimah Syarha Mohd Noordin. Saya yakin ramai yang mengenali beliau. Saya juga yakin, ramai remaja-remaja di luar sana yang sangat gemar membaca karya penulisannya tidak kira lelaki mahupun perempuan.
Persoalannya, kenapa saya memilih beliau? Tidak ada orang lain lagikah? Semuanya bermula apabila saya tertarik untuk membaca karyanya untuk kali pertama yang berjudul " Tautan Hati." Ia sebenarnya merupakan sebuah novel yang digarap dengan penuh teliti dan berseni. Kata-katanya cukup menggamit hati. Dapat menarik hati sesiapa saja yang membacanya. Insyaallah.
Apabila membaca sahaja novelnya, hati terus tertawan. Ingin sekali mengenali penulis ini. Hati bagai melonjak untuk mencontohi peribadi ini. Watak novelnya seumpama dirinya juga. Terus terinspirasi. Tidak pernah melihat sesusuk peribadi indah sepertinya di saat ini. Kerana itulah saya gemar akan penulisannya dan juga penulisnya. Ia seolah-olah sesusuk peribadi yang baik dan indah yang dibentuk dalam watak dan cerita yang disampaikan dalam karyanya. Begitulah yang aku rasa.
Aku juga turut memasang impian agar dapat berjumpanya suatu hari nanti.Semoga mata dapat bertentang mata.
Semoga beliau bahagia dengan kehidupannya. Sesuai dengan tajuk blognya, " Sebarkan Bahagia."
Inspirasi seterusnya yang menjadi pilihan saya ialah pelajar miskin yang berjaya memperoleh 19A1, 1A2 dalam peperiksaan SPM pada tahun 2008. Kejayaannya amat mengagumkan ramai pihak kerana latarbelakangnya yang datang daripada keluarga yang kurang mampu.
Bagi saya sendiri, kisah kehidupannya dalam melalui liku-liku mengejar kejayaan cukup menginsafkan. Ketabahan ibubapanya dan dirinya sendiri cukup menyedarkan diri ini bahawa kesabaran itulah yang terpenting dalam menggapai kejayaan yang diingini. Tiada jalan pintas. Tidak kira kita orang kaya mahupun miskin. Hanya USAHA dan KESABARAN yang berterusan mampu memenangkan kita.
Terasa diri ini terlalu jauh dengan dirinya. Yang mana bagi saya, pelajar ini cukup berakhlak. Mempunyai kesabaran yang tinngi. Keyakinannya kepada Allah cukup tinggi apabila membuat keputusan untuk mengambil 20 subjek dalam pelajarannya.
Beliau juga seorang anak yang taat kepada orang tuanya. Segala nasihat daripada ibubapanya akan diturutinya selagi tidak bercanggah dengan syariat. Satu kata-kata menarik daripada ayahnya, " Belajar bukan kerana peperiksaan tetapi kerana nak jadi cerdik." Madihah juga tahu membahagikan secara tepat bagaimana cara belajar yang betul dan seimbang. Beliau bijak membahagika antara subjek2 yang perlu dipelajari.
Kata beliau, semua subjek perlu dibahagi sama rata. Subjek2 tersebut tidak boleh dianaktirikan antara satu dengan yang lainnya. Maka. semua subjek penting. Subjek2 tersebut mempunyai fungsi2nya yang tersendiri. Apa yang hebat, tidak semua subjek yang diambilnya dipelajari di dalam keals. Malahan, terdapat beberapa subjek lainnya dipelajari di luar kelas dengan bantuan tenaga pengajar lain.
Sebagai seorang penuntut ilmu, kisah Nik Madihah ini amat menarik untuk dijadikan iktibar. Beliau seorang pelajar yang mengamalkan dakwah bil hal iaitu menunjukkan contoh teladan yang baik kepada ummah seluruhnya. Bukan senang menjadi contoh yang baik kepada semua orang. Ia memerlukan pengorbanan dan kesabaran yang tinngi serta konsisten dalam melaksanakannya.
Saya sebagai pelajar juga tahu bukan semudah ABC untuk melakukan perkara sedemikian. Tanpa kekuatan dan keyakinan yang tinggi, semua itu akan berlaku sekejap sahaja. Kekuatan dalaman dan luaran amat penting bagi mencapai objektif sebagai pelajar yang cemerlang akademik dan agamanya. Yang menariknya, Madihah berpegang kepada prinsip hidup, " Hablumminallah, hablumminannas." Itulah kayu ukur beliau dapat menjadi pelajar yang berjaya dan seimbang dari sudut akademik dan agamanya.
Apa yang penting. moga diri ini dapat mencontohi pelajar yang hebat dari sudut akademik dan akhlaknya. Tanpa akhlak, kepincangan akan berlaku jua. Tanpa iman yang mantap, status sebagai pelajar cemerlang tidak ke mana. Moga Allah mempermudahkan jalannya untuk menyumbangkan sesuatu untuk ummah. Moga Allah memudahkan kita semua melakukan sesuatu yang bermanfaat untuk semua.
Akademik dan agamanya amat seimbang. Tahajud dan puasa menjadi amalan hidupnya.
Semoga beliau berjaya dalam hidupnya hingga ke akhirnya.

Walaubagaimanapun, role model yang dipilih bukanlah untuk diagung2kan, namun sekadar ingin mencontohi peribadi dan sumbangan yang telah dilakukan untuk umat Islam hari ini.

Sekadar perkongsian. Mungkin pembaca di luar sana mempunyai perkongsian yang lebih baik dan menarik daripada yang ini.
Wallahu'alam.