Sunday, April 21, 2013

Kebenaran Tanpa Ikhlas






Ingatlah ALLAH takkan sesekali MEREDHAI sebarang NIAT yang TIDAK IKHLAS, KEBENARAN yang cuba kau sampaikan akan TERHIJAB dan SUKAR MENEMBUSI.

(Pesanan buat diri)

Thursday, April 18, 2013

Hadiahkan Al Fatihah Buat Mereka



Ada 1001 hikmah tersembunyi di sebalik al fatihah


Pada hari Rabu bersamaan 17 April 2013 dalam rancangan Tanyalah Ustaz, dikelolakan oleh seorang ustaz yang bernama Ustaz Mohd Hanafiah Abdul Malek seorang pendakwah. Suka saya mengongsikan sedikit apa yang saya dapat daripada rancangan tersebut. Tajuk yang dibawakan adalah " Anak Bapak ". 

Dalam penyampaian tersebut, ustaz ,mengatakan baca al fatihah untuk ahli keluarga kita yang bermasalah. Anak-anak bermasalah, pasangan tidak solat dan sebagainya. Apabila sampai pada ayat " Iyyakana' budu wa iyyakanasta'iin", doakan buat mereka apa yang kita mahukan dalam hati. Bacakan al fatihah buat mereka bukan di dalam solat tapi ketika berada di luar solat. Bacakan buat keluarga kita yang bermasalah, moga-moga ada kebaikannya.

Semoga perkongsian ini bermanfaat dan sama2 kita mengamalkannya terutamanya diri yang menulis ini :)

Tuesday, April 16, 2013

Kisah Abu Thalhah Yang Pemurah


Sedekah memang payah namun penuh dengan barakah

Dari Anas,dia berkata : " Abu Thalhah termasuk kaum Ansar yang paling banyak hartanya di Madinah berupa pohon kurma. Dan harta yang paling disukainya adalah baihura' (tanah terbuka) dan tanah ini menghadap ke masjid. Rasulullah shallallahu alaihi wasallam pernah memasukinya dan minum air dari mata airnya yang segar. Anas berkata, " Apabila turun ayat :

" Tidak sekali-kali kamu sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai. Dan apa saja yang kamu nafkahkan, Allah mengetahuinya." ( Ali Imran (3) : ayat 92)

Setelah mendengar ayat tersebut, Abu Thalhah bergegas menemui Rasulullah shallallahu alaihi wasallam lantas berkata : " Harta yang paling aku suka adalah baihura', aku sedekahkan kerana Allah. Aku mengharapkan kebajikan darinya dan ganjaran di sisi Allah. Gunakanlah Rasulullah, menurutmu apa yang terbaik yang diwahyukan oleh Allah kepadamu." Anas berkata : " Lalu Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda :  

" Bagus. Itulah harta yang membawa keuntungan, itulah harta yang membawa keuntungan. Sungguh, aku telah mendengar apa yang kamu sampaikan dan cadangan aku, agar kamu memberi sedekah itu kepada kaum kerabat."

Abu Thalhah berkata : " Aku telah melakukannya, Rasulullah." Kemudian Abu Thalhah mengagih-agihkan harta tersebut kepada kaum kerabatnya dan saudara-maranya." ( Muttafaqun 'alaih)

Dipetik dari buku " Banyak Sedekah menjadikan hidup lebih Berkat", karya Abu Ahmad Abdul Fattah terbitan Kemilau Publika.

Monday, April 15, 2013

Sumber Inspirasi 



Tak perlu cakap banyak.. 
Biar gambar yang bercerita..
Ni salah seorang ustaz atau pendakwah yang aku minat la..
Beliau merupakan pakar ekonomi Malaysia yang terkenal..
Petah berkata-kata..


Sapa dia? Cer teka.. Jeng3..
Beliau di sebelah kanan, Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman (UZAR)


Presiden Multaqa Asatizah dan Du'at (Murshid) juga Pensyarah Kanan UIA Gombak



Ni adalah salah satu buku beliau yang memberi aku semangat untuk lebih berusaha dan  berjaya.

Salah satu artikel dalam buku tu bertajuk, " Saya, Kisah Benar dan Motivasi Diri" adalah first karya beliau yang aku baca dalam blog beliau, Zaharuddin.net. Tulah first time aku kenal ustaz ni. First time baca tu jugalah aku terus minat dengan ustaz ni. Artikel itu penuh dengan inspirasi. Jadi semangat bila membacanya. Tak percaya, try baca..



Sampai sekarang tidak tahu berapa umur ustaz.. Kuat berahsia ustaz.. Hee..


Hanya ingin memperkenalkan
Ulama' muda
Yang dikagumi
Tidak salah meminati
Lebih baik lagi kalau mencontohi
Ramai lagi ulama'2 lain yang boleh dicontohi
Masing2 ada pilihan sendiri
Jangan bergaduh jangan bertelagah
Selagi ulama' mengikut al quran dan as sunnah menjadi pilihan
Jangan pula ulama' dunia yang dijadikan ikutan
Hanya bermadah untuk tatapan kalian


Menjadikan Prof Dr Yusuf Al Qaradawi sebagai role model

Masing2 ada role model untuk diikuti..
Jangan pilih yang terlalu susah untuk diikuti..
Ikut kemampuan diri..
Minta pada Ilahi..
Moga dipermudah untuk mengikut jejak pewaris Nabi..
Selagi hayat sudi dipinjami..
Oleh kekasih agung Rabbul Izzati..
Allahu Rabbi..

Moga ada manfaatnya :)




Sedekah Suburkan Rezeki Dan Memberi Kepuasan



Buku yang bagus dibaca berkaitan sedekah

Jangan Terpengaruh Dengan Bisikan Syaitan 
                                           
Firman Allah dalam surah Al-Baqarah (2) ayat 268 yang bermaksud :

" Syaitan menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan (bakhil); sedangkan Allah menjanjikan untukmu keampunan dariNya dan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (kurniaan-Nya) lagi Maha Mengetahui."

Dalam mentafsirkan ayat ini, Ibnu Abbas berkata, " Ada dua perkara dari Allah, dan dua perkara dari syaitan."

Dua perkara dari syaitan ialah :

Syaitan menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan. Syaitan berkata : " Janganlah kamu infaqkan harta kamu, simpanlah untuk diri sendiri kerana kamu memerlukannya." Dan menyuruh kamu berbuat kejahatan (bakhil).

Sedangkan dua perkara dari Allah adalah :

" Allah menjanjikan untuk kamu keampunan daripada-Nya," maksudnya ke atas maksiat yang kamu lakukan, " dan kurnia" berupa rezeki.

Al-Qadi Ibnu Atiyah mentafsirkan ayat ini dengan berkata :

" Maghfirah (keampunan Allah) adalah janji Allah bahawa Dia akan menutup kesalahan hamba-Nya di dunia dan di akhirat. Sedangkan al-fadhl (kurnia) adalah rezeki yang luas di dunia, serta pemberian nikmat di akhirat, dengan semua yang telah dijanjikan Allah SWT.

Imam Ibnu Qayim Al-Jauziyyah dalam mentafsirkan ayat ini berkata :

" Demikianlah peringatan syaitan, orang yang menginfaqkan hartanya akan jatuh miskin bukanlah tanda kasih sayang syaitan kepada manusia, dan bukanlah nasihat baik untuk manusia. Adapun Allah, Dia menjanjikan kepada hamba-Nya kemapunan dosa-dosa, serta kurnia iaitu pengganti yang lebih baik daripada yang dia infaqkan, dan dilipat gandakan oleh-Nya sama ada di dunia saja atau di dunia dan di akhirat."

Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda : " Harta itu tidak akan berkurang kerana disedekahkan."       (Hadis Riwayat Muslim)

Jika kaedah baku ini difahami oleh setiap muslim, nescaya tidak kira ketika miskin atau kaya, senang atau susah, setiap muslim pasti akan bersedekah kerana mereka yakin Allah pasti menambahkan harta dan kekayaan mereka. Siapa sahaja yang suka bersedekah, Allah akan balas dengan memberi sedekah kepada hamba-Nya. Percayalah!

Tetapi, jika sebaliknya, bagi muslim yang tidak percaya dan tidak mahu bersedekah, rezekinya akan diisempitkan oleh Allah. Telitilah hadis berikut ini. Asma' pernah bertanya kepda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam : " Rasulullah, aku tidak mempunyai harta selain yang diberikan Zubair kepdaku, adakah aku boleh sedekahkannya?" Baginda menjawab :

" Bersedekahlah, jangan engkau berkira (bakhil), sehingga Allah juga akan berkira terhadapmu (menyempitkan rezekimu)." ( Hadis Riwayat al-Bukhari)

Sebenarnya Aku Kaya

Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda : " Kekayaan (yang sebenar) bukanlah banyak harta. Namun kekayaan (yang sebenar) adalah hati yang sentiasa merasa cukup." (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Bersedekah Mengikut Kemampuan

Dari Asma' binti Abu Bakar, dia pergi bertemu Nabi shallallahu alaihi wasallam lantas baginda bersabda :

" Janganlah kamu berkarung-karung (mengumpul harta dalam karung dan kamu kedekut untuk menginfaqkannya), kerana Allah akan menyempitkan rezeki untuk kamu dan berinfaqlah sekadar kemampuan kamu." (Hadis Riwayat Bukhari : 1434)

Oleh itu, saudaraku sekalian, bersedekahlah kerana ia dapat menyuburkan rezekimu, memberi berkat ke atas rezeki yang diinfaqkan. Malah, terasa kepuasan dan kelapangan di dada apabila bersedekah. Dengan niat ikhlas kerana Allah. In shaa Allah!

Dipetik dari buku :
Banyak Sedekah menjadikan hidup lebih Berkat karya Abu Ahmad Abdul Fattah terbitan Kemilau Publika.


Sunday, April 14, 2013

Sweet Dok :)?





Siapa dia? Cer teka.. Hee.. :)
Ustazah tersayang.. Penunjuk jalan buat hati yang kelam..
Ingin mencontohi kekuatan beliau dalam menyebarkan dakwah bahagia..




Ya Allah..
Bukan hanya minat semata..
Tapi lebih dari itu..
Permata cahaya yang ingin dikecap..
Bukan menatap gambar semata-mata..
Bukan membaca nukilan hanya sahaja..
Tapi lebih dari yang dijangka..
Ingin mahukan contoh yang dapat memberi inspirasi..
Untuk diikuti..
Di akhir zaman yang banyak ikutan yang gila-gila..
Yang tidak layak dijadikan serikandi sejati..


Ustazah Fatimah Syarha Mohd Noordin (lebih suka ku panggil UFAS)





  

 Suami beliau, semua kenal da kot.. Dr Farhan Hadi..





Ok.. bereh da tuh..:)
Nak memperkenalkan suri teladan yang amat saya kagumi..
Di akhir zaman ini.. serikandi yang aku nak contohi..
Kerana mencari redha Ilahi..
Hingga bertemuNYA nanti..
Allahu Rabbi..
Rindu saat bertemuMU dengan hati yang sejahtera..

Moga ada manfaatnya.. :)

Karya Penulis Muda




Seorang penulis muda yang matang. Beliau telah menghasilkan sebuah karya yang agak baik. Seiring usianya yang masih muda, pemuda ini berjaya menghasilkan sebuah karya yang matang walaupun masih baru dalam dunia penulisan. Boleh dapatkan karya pertama beliau Travelog Budak Mentah dengan hanya melaburkan RM19 sahaja untuk sebuah buku. Harga sangat sedikit berbanding manfaat ilmu yang akan dipelajari. Tidak salah rasanya memperkenalkan buku beliau buat tatapan umum. Moga ada manfaatnya.


Selamat membaca dan menghayati!