Tuesday, December 28, 2010

Adakah selama ini aku menuntut ilmu keranaMu ya Allah?! Muhasabah diri!







Fadhil melihat result examnya. Teruk. Fail! ‘Adui, asyik-asyik fail. Kalau tak fail pun cukup makan
je. Bila nak dapat 4 flat ni’, rungut dia di dalam hati. Qushayyi yang melihat riak temannya penuh dengan kekecewaan, tersenyum sahaja. Bukan apa, result dia paling gempak mengalahkan student-student lain. Tersenyum lebar hingga ke telinga dibuatnya. “ Padan la, kau tu study ala kadar je. Time belajar tido. Suka main2. Bila ada assignment kau main cincai je. Kadang-kadang kau copy je kawan kau punya. Hah,bila nak maju,beb?!,” hambur Najjar kepada Fadhil. “ Tengok aku ni, main-main aku pun lulus gak! Cayalah!”, kata Najjar penuh bongkak. Dia langsung lupa untuk mengucapkan syukur kepada Allah atas kejayaannya itu.

“ Kau study macam mana sampai boleh fail macam ni?,” tanya Qushayyi kepada temannya. “ Aku belajar macam orang lain juga la. Time lecturer bagi assignment, aku buat la. Dalam kelas aku fokus betul-betul. Tapi aku liat sikit kalau nak buat revision. Last-last minit baru aku prepare”,luah Fadhil.

“Oh,itu sebab kau fail. Kau study tak la beria sangat. Asal dapat jawab paper sudah. Tu pasal result kau pun tak ok”,kata Qushayyi. Sambungnya lagi,“ Fad, apa niat kau belajar sebenarnya? Kau tahu tak matlamat kau belajar sebenarnya untuk apa?”, Qushayyi cuba menguji Fadhil.

“ Ala kau ni, takkan tak tahu, of course la aku nak berjaya. Nak gembirakan mak ayah aku, kawan-kawan, pensyarah-pensyarah dan orang kampung aku gak. Hehe. Yang paling best, 4 flat kat tangan. Dapat dekan lagi tu haa. Nanti mudah la nak dapat kerja nanti”, ujar Fadhil penuh semangat.

“ Ohh,bagus betul kwan aku sorang ni. Tapi Fad, kita perlu ada niat yang betul dalam belajar. Hidup ini semata-mata untuk beribadat kepada Allah. Jangan terpesong dari landasan yang sebenar. Contohnya dalam menuntut ilmu atau belajar. Tidak salah jika hendak menggembirakan ibubapa, meraih dekan, mudah mendapat kerja tapi letakkan niat yang pertama sekali kerana Allah SWT. Barulah perkara yang lain itu mudah kita capai nanti. InsyaAllah.

“ Ermm, result kau cemerlang je aku tengok. Setiap semester kau mesti dekan. Apa rahsia kau? Kongsi la sikit”, desak Fadhil. Dia cemburu melihat kejayaan yang diraih temannya itu. Dengan rasa rendah diri Qushayyi berkata, “ Alhamdulillah keputusan cemerlang yang aku perolehi ini dengan izin Allah juga. Aku hanya berusaha je. Tak ada rahsia pun aku belajar selama ni. Cuma aku ambil panduan dalam kalam Allah. Bak kata ustazah Siti Nor Bahyah anda buat anda dapat”, Qushayyi membuka cerita.

Dia berhenti sejenak. Kata-katanya diteruskan lagi. “Kenapa tidak memotivasikan diri kita dengan ayat-ayat Allah? Cari al-Quran. Pujuk diri dengan kalam Allah. Jangan cari panduan selain al-Quran. Nanti terjatuh kita dalam kehinaan. Dalam al-Quran pun Allah ada sebut pasal ni. Kita boleh ambil tips-tips yang dah diberi.

Pernahkah kita mendengar firman Allah, maksudnya,” Katakanlah (Muhammad), mahukah Kami khabarkan kepadamu, tentang orang-orang yang merugi perbuatannya? Yaitu orang-orang yang telah sia-sia usahanya ketika hidup di dunia, sedang mereka mengira telah berbuat sebaik-baiknya.” [Surah al-Kahfi, ayat 103-104]

Hayatilah ayat ini sebaiknya. Allah ada berpesan, terdapat perbuatan yang kita lakukan, walau dianggap elok oleh kita, namun sebaliknya di pandangan Allah. MasyaAllah. Fad, adapun jika kita berhempas pulas dalam belajar, namun niat kita tidak betul, tidak kerana Allah, apa gunanya usaha itu? Sia-sia je kan? Tidakkah itu sesuatu yang rugi. Ya! Memang rugi.

Namun jangan putus asa dengan rahmat Allah. Andai kita sudah sedar dan ingin berubah, pandanglah ke depan dan tersenyumlah dengan janji-janji Allah.

Firman Allah yang berbunyi “ Sungguh beruntung orang-orang yang beriman, yaitu orang yang khusyuk dalam solatnya, dan orang yang menjauhkan diri dari ( perbuatan dan perkataan ) yang tidak berguna, dan orang yang menunaikan zakat, dan orang yang menjaga kehormatannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba sahaya yang mereka miliki, maka sesungguhnya mereka tidak tercela. Tetapi barang siapa mencari di balik itu ( zina dan sebagainya), maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas. Dan ( sungguh beruntung) orang yang memelihara amanat-amanat dan janjinya, serta orang yang memelihara solatnya. Mereka itulah yang akan mewarisi (surga) Firdaus. Mereka kekal di dalamnya.” ujar Qushayyi panjang lebar.



“ Fad, Allah telah menyatakan dalam ayat 1, “ Sungguh beruntung orang-orang yang beriman..”. Cuba perhatikan, keuntungan atau kejayaan dan iman disebut dalam ayat yang sama. Dengan imanlah faktor utama kejayaan kita. Ayat kedua pula menjelaskan, “ yaitu orang yang khusyuk dalam solatnya”. Ini bermakna seseorang itu perlu melakukan sesuatu kerja dengan bersungguh dan sepenuh hati. Sikap sambil lewa tidak akan menyumbang sebarang kejayaan.

Diikuti ayat 3, “ dan orang yang menjauhkan diri dari ( perbuatan dan perkataan ) yang tidak berguna .” Realitinya dapat dilihat kebanyakan pelajar apabila tiba musim peperiksaan, mereka gemar melepaskan tension dengan aktiviti-aktiviti yang tidak bermanfaat. Contohnya,mendengar lagu, tengok movie, bersembang kosong di laman sosial, berehat terlalu lama, keluar karoeka di hari minggu dan banyak lagi. Adalah baik seandainya pelajar lebih mendekatkan diri kepada Allah melalui solat sunat, membaca al-Quran, dan memantapkan lagi ilmu yang dipelajari.

Allah menjelaskan lagi pada ayat ke 4, “ dan orang-orang yang menunaikan zakat.” Walau kita sibuk revision subjek-subjek untuk exam nanti, jangan dilupakan teman-teman yang berada dalam kesusahan. Bantulah mereka dengan berkongsi ilmu yang kita fahami.

“ dan orang-orang yang menjaga menjaga kehormatannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba sahaya yang mereka miliki, maka sesungguhnya merea tidak tercela. Tetapi barang siapa mencari di balik itu ( zina dan sebagainya ), mereka itulah orang-orang yang melampaui batas.”[ayat 5-7]. Fad, janganlah pula kita jadikan alasan untuk berdua-duaan apabila hendak study berlainan jantina. Ini untuk mengelakkan masa daripada dibuang dengan bercakap kosong, bergurau senda, study terabai, kawan sejantina tidak dilayan. Allah ada untuk kita mengadu. Berdua-duaanlah dengan Allah kerana Dia yang memberi ketenangan dan kejayaan pada kita nanti.

“ Ala, apa salahnya kita study dengan rakan-rakan perempuan? Rakan sekelas? Senang sikit nak tanya mana-mana soalan yang tak faham,” Fadhil bertanya. “ Salah memang tak salah, tapi ramai lagi rakan sejantina kita yang pandai dalam satu-satu subjek. Tanyalah diaorang. Lagi senang nak fokus nanti. Tak ada la timbulnya penyakit hati nanti. Nanti asyik nak pandang rakan perempuan kita je. Susah la ilmu nak masuk nanti. Imam Syafi’e pun susah nak masuk ilmu bila secara tak sengaja terpandang aurat wanita. Tu tak sengaja. Apatah lagi kita yang memang sengaja nak pandang,” terang pendakwah yang tersenarai dalam deen list di kampusnya itu.

Fadhil akur dengan kata-kata sahabatnya memang terkenal dengan kepetahannya berhujah. Dia tunduk dengan kebenaran itu. Yang benar tetap benar. Yang batil takkan tertegak.

“ Kalau kau nak tahu Fad, nak jadi pelajar muslim yang berjaya, bukan saja pada pandangan manusia, tapi pada pandangan Allah juga, jangan kita lalai dari menunaikan solat di awal waktu seperti dalam firmanNya ayat 9, “ dan orang-orang yang memelihara solatnya.” Perlu difahami, seorang muslim yang beriman perlu menepati masanya yang ada. Jika solat perlu di awal waktu, belajar pun juga begitu. Mulakan dari awal. Jangan menunggu last minute baru teringat nak buka buku. Perkara ni bukan dalam pelajaran akademik semata-mata, namun dalam seluruh aspek kehidupan kita.”, ujar Qushayyi dengan penuh kesedaran.

Sambungnya lagi, “ Tiada apa yang mustahil untuk kita capai andai Allah arah tujuan kita. Carilah Allah, kejarlah cintaNya, mengadulah padaNya, akrablah dengan al-Quran, remaja seperti kita akan tiada masalah dalam mencari panduan hidup. Namun bukan senang Fad, andai kita masih lalai, tak mahu berubah, nak hidup senang-senang, tunggu kejayaan datang tanpa usaha, tiadalah kita jumpa cinta Allah yang Maha Penyayang.

Bersakit-sakitlah sementara di dunia, letihlah seketika untuk menggapai kebahagiaan abadi.” Pemuda itu berpesan untuk dirinya jua.

Andai bukan kita, siapa lagi? Andai bukan hari ni, bila lagi? Hidup bukan di dunia sahaja tapi akhirnya akan ke sana juga. Bakal mengadap Ilahi dengan diri yang serba kerdil ini. Anggap sahaja masalah di dunia sebagai medan untuk kita lebih matang menempuhi hari-hari yang tersisa ini. Jadikan ia pembakar semangat untuk lebih maju lagi. Bukan sekatan untuk kita terhenti.

Kita adalah permata bagi membangkitkan ummah dari lalai dari kehidupan duniawi.

Fadhil mengangguk faham. Dia mengiakan. Barulah kini dia sedar kesilapannya dalam menuntut ilmu. Dia nekad mahu berubah. Ya Allah, bantulah hambaMu ini membetulkan niat semata-mata mengharapkan redhaMu sahaja. Itu impianku hingga aku pergi mengadapMu nanti. Amiin.

Andai kita meletakkan Allah di hadapan, Allah akan setia meneman. Andai hidup tanpa arah tujuan, jangan mengharapkan sebarang balasan tanpa usaha yang berkekalan. Lakukanlah apa jua perkara LILLAHI TA’ALA. Untuk Allah semata-mata.

Akhir sekali, suka saya memetik kata-kata Ustaz Zaharuddin [UZAR], “ JADIKAN ALLAH, RASULNYA DAN SYURGA YANG DIJANJIKANNYA SEBAGAI MOTIVASI, NESCAYA ALLAH TIDAK AKAN MATI DAN JANJINYA TIDAK AKAN MENGECEWAKAN.”

“ Membiarkan orang lain sahaja yang bermotivasi dalam memperolehi pahala bukanlah sifat orang beriman. Jangan biarkan kata-kata negatif orang terhadap sesuatu yang baik untuk akhirat anda, membantutkan semangat. Jadikan ia pendorong dan motivasi.”

Wallahua’lam.



Disediakan oleh: Nur Diana Tarikuddin
http://nurdianatarikuddin.blogspot.com
28 Disember 2010

Sunday, December 26, 2010

Khayalan Cinta Tiada Erti


“Sesegar hijau daunan begitulah kita diibaratkan tiada siapa yang bisa memisahkan kita antara kita semua.” radio ditutup. Abu Hirzan merebahkan badannya ke sofa. Kusut. Serabut fikirannya. Kacau. Dia termenung. Fikirannya terngiang-ngiang mengingatkan peristiwa tadi. Alunan merdu kumpulan Inteam itu mengingatkannya pada peristiwa tadi.Sungguh memeritkan. Mindanya melayang sebentar ke alam tadi. “ Hirz,nape Hirz nak putuskan hubungan dengan Hayat? Apa salah Hayat, Hirz?”tanya Ainul Hayat kerana tidak berpuas hati dengan keputusan mengejut Abu Hirzan. “Hayat,maafkan Hirz andai kata-kata Hirz ini mengecewakan hati Hayat. Namun ketahuilah Hayat,hati ini seakan-akan mendesak agar meninggalkan kisah cinta kita ini. Bagi Hirz,ia tidak lebih dari cinta palsu semata. Maafkan Hirz ,Hayat. Inilah kebenaran yang terpaksa Abu Hirzan berterus-terang,”luah Abu Hirzan dengan tenang namun batinnya menjerit agar tidak meninggalkan Hayat buah hati kesayangannya itu. Berdesing telinga Ainul Hayat mendengar ucapan itu. Gagang telefon ditelinganya seakan terasa panas. Panas membakar. Namun digagahkankan dirinya untuk terus berkata-kata. “ Tapi Hirz, apa salahnya dalam perhubungan kita ini?. Kita tak pernah berjumpa muka apalagi bertemu berdua-duaan. Jauh sekali berpegang-pegangan,bercium-ciuman,bertenung-tenungan. Kita tak pernah melakukan perkara yang bukan-bukan. Hanya sekadar bertelefon dan bersms. Itupun mesej-mesej peringatan dan tazkirah. Kita bercinta kerana Allah,Hirz.”, Hayat mematahkan hujah yang dikemukakan Abu Hirzan tadi. Baginya tiada salahnya dalam perhubungan mereka itu. Malah itu merupakan satu cara dia berkasih sayang kerana Allah. Fikirnya. Jauh di sudut hati Abu Hirzan,berpisah dengan orang tersayang amat memeritkan. Namun apakan daya,demi mengejar cinta hakiki iaitu cinta agung Allah Azzawajalla,dia sanggup berkorban walau pahit ditelan.

“ Tut…tut..tut…”,kedengaran bunyi telefon dimatikan. Abu Hirzan mematikan telefon. Tidak tahan rasanya meluahkan kebenaran. Yang benar perlu dinyatakan walaupun pahit. Ainul Hayat sayu mengenangkan sikap Abu Hirzan yang sudah jauh berubah. Baginya Abu Hirzan bukan seperti dulu lagi. Abu Hirzan bukan Abu Hirzan yang dia kenal dahulu. Abu Hirzan sudah jauh berubah. Berubah mendadak.
Segala kenangan lalu terbayang di fikiran. Ahh,itulah syaitan. Licik. Licik memperdayakan manusia. Walau diri hendak berubah,syaitan masih berusaha membisikkan kata-kata manisnya agar berterusan melakukan maksiat kepada Allah.

Suatu hari,Abu Hirzan menghadiri perjumpaan dalam sebuah halaqah. Halaqah cinta bagi hati-hati yang rindu akan kebenaran. Pertemuan itu dihadiri dengan hati yang ikhlas berkasih sayang kerana Allah. Pada akhir pertemuan tersebut, Abu Hirzan hanya tinggal berdua dengan naqib usrahnya. Masalah yang dialaminya cuba diluahkan kepada naqibnya,Abul Wardi.
“ Akhi, ana nak tanya sedikit soalan boleh?”, tanya Abu Hirzan. Faris tersenyum sambil mengiakan. “ Sebenarnya ana mengalami masalah tentang perasaan ana. Ana serba salah dalam membuat keputusan.”, Abu Hirzan masih berdolak dalik. “ Apa masalah anta? Luahkan ya akhi”, ujar Abul Wardi sambil memegang lembut bahu adik usrahnya itu. “ Ana..ana sebenarnya pernah bercinta,errmm maksud ana,ana sedang bercinta dengan seorang nisa’. Dia sama umur dengan ana. Namun kami berlainan kelas. Tidak pernah kami berjumpa tanpa sebab tertentu. Tapi sungguh kami tak pernah buat perkara bukan-bukan. Kami berhubung pun atas dasar nasihat-menasihati dan saling memperingati. Kami senang kerana ada yang saling mengingatkan. Namun ana telah memutuskan untuk meninggalkan alam cinta kami kerana ana tahu cinta itu hanya cinta palsu”, luah Amar tanpa berkias.

Mendengar cerita sahabtnya itu,barulah Abul Wardi faham masalah sahabatnya itu. Tanpa teragak-agak, Abul Wardi memulakan bicaranya. “ Wahai sahabatku Amar,dengarlah apa yang ku katakan ini. Jangan dikau ambil hati ya sahabat. Bercinta itu tidak salah kerana ia fitrah. Perasaan itu lahir dari fitrah yang suci. Namun ramai yang mencemari kesucian cinta itu melalui jalan yang salah. Remaja seperti kamu ini memang mudah sangat untuk jatuh cinta. Namun akan tenggelam bila telah masuk kedalamnya. Maka tidak hairanlah jika ada mahasiswa mahasisiwi yang berstatus pendakwah terjebak juga ke kancah ini kerana ia fitrah. Nafsu muda tidak dapat mengawalnya. Hanya dengan nilai iman sahaja dapat mencegah dirimu dari terjatuh kedalamnya”, terang Abul Wardi
dengan lancarnya.

“Jadi bagaimana ana dapat mengelak perkara ini daripada terjadi berulangkali?”, soal Abu Hirzan ingin tahu. “ Berpegang teguhlah dengan prinsipmu wahai sahabatku. Apa prinsipmu? Kamu perlu mempunyai prinsip sendiri agar kamu tahu matlamat hidupmu di dunia ini. Kamu juga perlu mempunyai jati diri agar tidak mudah terpengaruh dengan suasana persekitaran. Sekarang ini,terlalu banyak budaya barat menular di kalangan remaja. Tepislah ia dengan keimanan yang mendalam. Usah dihiraukan kata-kata orang. Kerana kita ingin dipandang Tuhan Sang Khalik. Tanamkan di hatimu aku ingin mengejar cinta Allah walau berjuta dugaan mendatang. Kerana disitulah letaknya nilai dirimu pada pandangan Allah. Bila Allah dikejar,percayalah jodoh solehah akan datang”, ujar naqib itu dengan penuh semangat.

“ Ermm tentang hubungan cinta kerana Allah,itu hanyalah alasan untuk menidakkan perhubungan yang telah terjalin. Masakan perbuatan disertai maksiat dilakukan kerana Allah. Mana mungkin itu berlaku. Itu cuma helah semata.”, terang Abu Wardi lagi.

Abu Hirzan mengangguk faham. Dia akui kebenaran kata-kata itu. Selama ini dia hanya tertipu dengan keindahan cinta yang dinampakkan baik oleh syaitan walhal amat buruk pandanganNya di sisi Allah. Kerana apa? Kerana cinta itu hanya dusta semata. Cinta palsu. Tanyalah diri,apa yang aku dapat dari cinta ini? Mungkin kebahagiaan sedang kukecapi. Namun ketahuilah, kebahagiaan itu hanya sementara kerana tanpa keberkatan Ilahi,semuanya tidak diredhai. Apabila Allah tidak meredhai dan memberkati sesuatu perkara itu, mana mungkin kebahagiaan hakiki akan dikecapi. Tidak hairanlah huru-hara dalam rumahtangga mula terjadi. Kerana dikau tidak peduli dengan amaran Yang Lebih Mengetahui,dikau sendiri yang akan menyesali.

Nukilan di atas ku nukilkan buat semua juga diri ini yang sering lupa. Apabila dikau mematuhi suruhan Ilahi, maka Dia pasti memberi. Andai dikau lebih suka membuat peraturan sendiri, Dia tahu apa yang dia tetapi.

Wallahu’alam.

http://nurdianatarikuddin.blogspot.com

Saturday, December 11, 2010

MENDAPATKAN KESUCIAN SEBELUM HABISNYA WAKTU SHALAT, WAJIBKAH MELAKUKAN SHALAT ITU

DIkirim oleh mohd masri di Mei 10, 2007

Oleh
Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin

Pertanyaan.
Apakah hukumnya jika seorang wanita mendapatkan haidh beberapa saat setelah masuknya waktu shalat, apakah wajib baginya untuk mengqadha shalat itu pada saat suci, begitu juga jika seorang wanita mendapatkan kesuciannya beberapa saat sebelum habisnya waktu shalat, wajibkah dia melaksanakan shalat itu ?
Jawapan
Pertama : Jika seorang wanita mendapatkan haidh beberapa saat setelah masuknya waktu shalat dan dia belum melaksanakan shalat itu sebelum datangnya haid maka wajib baginya untuk mengqadha shalat itu jika dia telah suci, hal itu berdasarkan sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam.

“Ertinya : Barangsiapa yang dapat melakukan satu rakaat dari suatu shalat maka berarti ia telah mendapatkan shalat itu”.

Dan jika seorang wanita telah memasuki waktu shalat sekedar satu rakaat, kemudian dia mendapatkan haidh sebelum melakukan shalat itu maka diwajibkan baginya untuk mengqadha shalat itu jika ia telah suci.

Kedua : Jika ia mendapatkan kesuciannya dari haidh beberapa saat sebelum habisnya waktu shalat, maka wajib baginya untuk mengqadha shalat itu, walaupun dia mendapatkan kesuciannya beberapa saat sebelum terbitnya matahari sekadar waktu yang cukup untuk satu rakaat, maka wajib baginya untuk melaksanakan shalat Shubuh. Begitu pula jika ia mendapatkan kesuciannya beberapa saat sebelum terbenamnya matahari sekadar waktu yang cukup untuk satu rakaat maka wajib baginya untuk shalat Ashar. Jika dia mendapatkan kesuciannnya sebelum pertengahan malam sekadar waktu yang cukup untuk satu rakaat maka wajib baginya untuk melaksanakan shalat Isya. Jika dia mendapatkan kesuciannya beberapa saat sesudah pertengahan malam maka wajib baginya untuk melaksanakan shalat Isya dan diwajibkan baginya untuk melaksanakan shalat Shubuh jika telah datang waktu shalat Shubuh, Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman.

“Ertinya : Kemudian apabila kamu telah merasa aman, maka dirikanlah shalat itu (sebagaimana biasa). Sesungguhnya shalat itu adalah kewajipan yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman”. [An-Nisa' : 103-104]

Yakni, shalat yang wajib itu ditentukan oleh waktu yang terbatas, yang mana tidak boleh baginya untuk melakasanakan shalat jika telah habis waktunya, juga tidak boleh melaksanakan shalat sebelum tiba waktunya.

[52 Su'alan 'an Ahkamil Haidh, Syaikh Ibnu Utsaimin, halaman 23]

[Disalin dari buku Al-Fatawa Al-Jami'ah Lil Maratil Muslimah, edisi Indonesia Fatwa-Fatwa Tengtang Wanita, penyusun Amin bin Yahya Al-Wazan, terbitan Darul Haq hal. 133-134, penerjemah Amir Hamzah Fakhruddin]

source:http://soaljawab.wordpress.com

Thursday, December 9, 2010

Mandi Wajib

Nov 2010: Mandi Wajib
Ditulis oleh Kapten Hafiz Firdaus Abdullah
Sunday, 21 November 2010

Pada edisi kali ini saya ingin mengajak para pembaca sekalian untuk mengulangkaji sebuah subjek fiqh, iaitu mandi wajib. Ia adalah sesuatu yang lazim dilakukan ketika suci dari haid dan dari sesuatu yang penting kerana ia menjamin ibadah kita adalah sah dan diterima Allah. Ulangkaji ini merujuk kepada sebuah hadis sepertimana berikut:

Asma' binti Syakal bertanya kepada Rasulullah SAW berkenaan mandi wajib ketika suci dari haid, maka baginda menjawab: "Siapkan air dengan campuran daun bidara lalu berwudhu'lah dengan baik. Kemudian tuanglah air ke atas kepala sambil menggosoknya dengan sungguh-sungguh sehingga air merata ke pangkal rambut. Kemudian ambillah kapas yang telah dilumuri minyak kasturi dan gunakanlah untuk membersihkan diri."


Asma' bertanya: "Bagaimana cara membersihkan dirinya itu?" Rasulullah SAW menjawab: "Subhanallah! Kamu bersihkanlah dengannya." Aisyah (isteri Rasulullah yang ada ketika itu) berkata dengan perlahan kepada Asma': "Kamu bersihkan tempat bekas darah dengan kapas itu."

Asma' (kemudian) bertanya tentang mandi wajib selepas junub. Maka Rasulullah menjawab: "Ambillah air dan berwudhu'lah dengan baik. Kemudian tuanglah air ke atas kepala sambil menggosoknya dengan sungguh-sungguh sehingga air merata ke pangkal rambut. Kemudian tuanglah air ke atas badan (lalu menggosok badannya)."

Berkata Aisyah: "Sebaik-baik wanita ialah kaum Anshar. Perasaan malu tidak menjadi penghalang untuk mereka bertanya dalam rangka memahami agama." [Shahih Muslim, no: 33-2]

Berdasarkan hadis di atas, dapat kita pelajari beberapa perkara penting berkenaan mandi wajib.

Pertama: Siapkan air yang dicampur dengan daun bidara. Pada masa kini sabun dapat diganti dengan sabun buku atau sabun cecair (shower cream). Ia adalah apa yang biasa kita gunakan untuk membersih dan mengharumkan badan.

Kedua: Berwudhu' dengan baik. Cara berwudhu' yang diajar oleh Rasulullah SAW telah kita ulangkaji dalam Dara.com edisi Mac 2010.

Ketiga: Menuang air ke atas kepala dan menggosoknya dengan sungguh-sungguh sehingga air sampai ke pangkal rambut. Menuang air adalah bagi mereka yang mandi menggunakan gayung atau penceduk air.

Bagi yang menggunakan pancuran air (shower), memadai dengan berdiri di bawahnya. Bagi wanita yang mengikat rambut atau menggunakan klip rambut, tidak perlu membukanya jika air dapat sampai ke pangkal eambut. Namun jika ikatan atau klip rambut tersebut menjadi penghalang, hendaklah dibukanya. Ini berdasarkan sebuah hadis lain di mana Umm Salamah telah bertanya kepada Rasulullah SAW: "Wahai Rasulullah! Sesungguhnya aku ialah seorang wanita yang memiliki ikatan rambut yang kuat. Adakah aku perlu meleraikannya ketika mandi wajib selepas junub?" Rasulullah menjawab: "Tidak, cukup bagi kamu menuang air tiga kali ke atas kepala kamu, kemudian kamu menuang air ke atas badan dan bersihkanlah dengannya." [Shahih Muslim, no: 330]

Keempat: Menuang air ke atas badan dan membersihkan badan dengannya. Sekali lagi, menuang air adalah bagi mereka yang mandi menggunakan gayung atau penceduk air. Bagi yang menggunakan pancuran air (shower), memadai dengan berdiri di bawahnya.

Dianjurkan untuk membersihkan bahagian kanan badan kemudian barulah bahagian kiri. Aisyah menerangkan: "Apabila salah seorang daripada kami ingin mandi wajib selepas junub, dia mengambil air dengan kedua tangannya lalu menuang di atas kepala sebanyak tiga kali, lalu menuang ke bahagian kanan (badannya) dengan sebelah tangan dan menuang ke bahagian kanan (badannya) dengan tangan satu lagi. [Shahih al-Bukhari, no: 277]

Dalam sebuah hadis lain diterangkan: Menjadi kebiasaan Nabi SAW memulai dengan yang kanan ketika memakai kasut, menyikat rambut, bersuci dan setiap urusan yang lain. [Shahih al-Bukhari, no: 168]

Kelima: Khusus bagi mandi wajib selepas suci dari haid, hendaklah mengambil kapas yang dilumuri dengan minyak kasturi dan membersihkan kemaluannya (vagina). Kapas boleh diganti dengan kain atau tisu sementara minyak kasturi boleh diganti dengan apa-apa minyak, losen atau krim lain yang harum baunya.

Imam al-Nawawi menjelaskan hikmahnya: "Para ilmuan berbeza pendapat mengenai hikmah memakai minyak kasturi. Pendapat yang sahih lagi terpilih yang dikemukakan oleh majoriti rakan-rakan kami dan selainnya adalah untuk memberikan wangian pada tempat keluarnya darah dan untuk menghilangkan bau yang tidak sedap (darinya)." [Syarah Shahih Muslim, 1/499]

Berkenaan perkara kelima ini, terdapat pendapat yang mewajibkan wanita untuk memasukkan kapas tersebut ke dalam vaginanya. Ada yang sehingga mensyaratkan wanita duduk dalam posisi sekian-sekian agar pembersihan dapat disempurnakan jauh ke dalam. Ada juga yang mengubah tertib mandi wajib ini, di mana langkah membersihkan vagina didahulukan sebelum mandi wajib dan bukan diakhirkan sebagaimana hadis di atas.

Semua ini adalah pendapat yang berlebih-lebihan lagi memberatkan umat Islam. Memadailah kita dengan tunjuk ajar Rasulullah SAW dalam hadis di atas di mana pembersihan hanyalah di luar kemaluan (vagina), tidak di dalamnya. Ia juga dilakukan selepas mandi wajib dan bukan sebelumnya.


source:http://hafizfirdaus.com

Monday, December 6, 2010

Pencemaran Tauhid ( Alert Wahai Umat Islam!!!)

Pencemaran #1:
Menggelar Alam Ini Sebagai “Alam Semula Jadi”.



Sebahagian orang ada yang menggelar alam ini sebagai “alam semula jadi”. Contohnya, ketika berkelah di taman, mendaki gunung, meneroka hutan atau berdayung, ada di antara kita yang berkata “Kami sedang mengecapi kecantikan alam semula jadi” atau “Sungguh indah alam semula jadi ini”. Selain itu ada juga yang menggelar alam ini sebagai “Mother Nature” kerana terikut-ikut kepada gelaran yang biasa digunakan oleh orang Barat.



Sebenarnya ini adalah gelaran yang salah kerana alam ini tidak terjadi dengan sendirinya. Alam ini adalah ciptaan Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Allah berfirman:



Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menciptakan langit

dan bumi dalam enam masa lalu Dia bersemayam di atas Arasy;

Dia melindungi malam dengan siang yang mengiringinya dengan deras (silih berganti) dan (Dia pula yang menciptakan) matahari dan bulan serta bintang-bintang, (semuanya) tunduk kepada perintah-Nya. Ingatlah, kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan. Maha Suci Allah yang mencipta dan mentadbirkan sekalian alam.

[al-A’raaf 7:54]



Malah keindahan alam ini sepatutnya menjadi faktor yang mengingatkan seseorang kepada penciptanya, tidak sebaliknya. Allah Subhanahu wa Ta‘ala mengingatkan kita:



Dan bagi Allah jualah kuasa pemerintah langit dan bumi,

Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah)

bagi orang-orang yang berakal;



(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah

semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring,

dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi

(sambil berkata):



“Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.”

[Ali Imran 3:189-191]



Oleh itu tidak sepatutnya kita menggelar alam ini sebagai “semula jadi”, tetapi sebutlah ia sebagai “alam ciptaan Allah”.

source: http://HafizFirdaus.com - e-Buku

Kayu Sugi: Satu Pembuktian Saintifik

www.iLuvislam.com
Oleh: Ahmad Aizatnur*






Kepentingan bersugi dalam Islam ?

Daripada Ibn Umar r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda : “Jadikan bersugi itu satu amalan, kerana ianya (bersugi) menyihatkan mulut dan merupakan kesukaan kepada Maha Pencipta” ( Hadis Riwayat Al-Bukhari ).

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda : “Kalau tidak menyusahkan umatku nescaya aku menyuruh mereka bersugi setiap kali hendak menunaikan solat” (Hadis riwayat Al-Bukhari).

Tahukah Anda Punca Gigi Berlubang?


Penyakit karies (caries) atau gigi berlubang masih merupakan topic yang hangat untuk dibicarakan sampai saat ini. Karies merupakan suatu penyakit jaringan keras gigi iaitu enamel, dentin dan sementum yang disebabkan oleh aktiviti bakteria dalam suatu karbohidrat yang dapat diragikan.


Pada tahun ke lima puluhan, Orland dan Keyes dalam penelitiannya memperlihatkan besarnya peranan bakteria dalam pembentukkan karies. Tikus percubaan diberi diet yang sangat kariogenik. Ternyata jika kondisinya dijaga bebas kuman maka karies tidak terbentuk. Ketika bakteria ditambahkan, karies pun muncul.


Plak gigi terbentuk dari saliva, sisa epitel jaringan mulut, sisa makanan dan bakteria. Peniadaan plak sebanyak mungkin setelah makan harus dilakukan kerana plak gigi memegang kunci dalam keberhasilan pembentukan karies. Sesuai yang dikatakan Kantorowicf: “clean teeth never decay” (gigi yang bersih akan sulit rusak). Antara bakteria yang terdapat pada plak gigi adalah jenis Streptococcus mutans, memiliki korelasi positif terhadap asal mula pembentukan karies.


Karies (caries) adalah penyakit multifaktorial yang meliputi (Keyes 1960):

Host : Gigi & saliva
Agent : Bakteria kariogenik
Environment : Substrat (Sukrosa)
Time


Seiring berkembangnya pengetahuan yang lebih mendalam tentang karies, para peneliti berlumba-lumba untuk menghentikan proses karies. Cara mekanik, kimia dan immunologi merupakan pendekatan yang paling rasional.


WHO telah mentargetkan pada tahun 2010 penduduk usia 20 tahun, 75% nya harus merupakan karies inaktif dan pada tahun 2025 targetnya meningkat menjadi 90%.


Kerisauan Yang Berasas..


Di pasaran dunia dan Malaysia khususnya terjadi lambakan barangan keperluan yang diperbuat daripada sumber yang haram dan beracun. Berdasarkan kepada Panduan Halal Haram yang di keluarkan oleh Consumer Association of Penang (CAP),


“Lazimnya berus yang diperbuat daripada bulu babi dilabelkan sebagai ‘Pure Bristle’. Selain berus lukisan, berus cat, berus menggosok kasut dan songkok, berus gigi dan berus cukuran dikhuwatiri mengandungi bahan haram ini.”



Disaat umat islam dilanda dengan kebimbangan mengenai status barangan halal khususnya keperluan dalam menjaga kesihatan mulut, Nabi SAW telah memberikan satu solusi yang terbaik hampir 1400 tahun yang lalu. Perlu kita diketahui bahawa pada zaman nabi telah terdapat pelbagai jenis alat pembersih mulut seperti powder tetapi siwak tetap menjadi pilihan Baginda SAW.



Contoh barangan yang disyaki mengandungi bahan beracun


Sejarah Siwak


Beraneka ragam peralatan sederhana digunakan untuk membersihkan mulut dari sisa-sisa makanan, mulai dari batang kayu, ranting pohon, kain, bulu burung, tulang haiwan hingga dari landak. Antara peralatan tradisional yang perlu diketahui sebagai pembersih gigi dan mulut adalah kayu siwak (Salvadora persica). Siwak (Chewing Stick) telah digunakan oleh masyarakat Babilonia semenjak 7000 tahun yang lalu, yang kemudian digunakan pula di zaman Kerajaan Yunani dan Romawi, Yahudi, Mesir dan Kerajaan Islam. Penggunaan chewing stick (kayu kunyah) berasal dari tanam-tanaman yang berbeza-beza pada setiap negera. Di Timur Tengah, sumber utama yang sering digunakan adalah pohon arak (Salvadora persica), di Afrika Barat yang digunakan adalah pohon lemon (Citrus aurantifolia) dan pohon limau (Citrus sinesis). Akar tanaman Senna (Cassiva vinea) digunakan oleh orang Amerika berkulit hitam, Laburnum Afrika (Cassica sieberianba) digunakan di Sierre Leone serta Neem (Azadirachta indica) digunakan secara meluas di benua India.


Emslie (1996) cit Babay (1999) melaporkan untuk pertama kalinya adanya prevelensi karies lebih rendah pada pengguna siwak dibandingkan dengan pengguna berus gigi biasa di Negara Sudan. Baghdady dan Ghose (1979) cit Babay (1999) juga melaporkan prevelensi karies yang rendah pada anak-anak sekolah di Negara Sudan akibat dari penggunaan siwak.


Pada penelitian Almas, Skaug dan Ahmad (2004) ekstrak siwak memiliki daya antibakteria terhadap Streptococcus mutans dan Streptococcus faekalis. Kelebihan siwak dalam membersihkan gigi dan mulut menurut Hardie dan Ahmed (1995) cit Darout, Skaug (1995) disebabkan oleh kesan mekanik dari serat-serat batang dan siwak mampu melepaskan zat aktif yang sangat bermanfaat. Hal ini mungkin merupakan jawapan terhadap prevelensi karies yang rendah di Sudan. Secara in-vitro menurut laporan Al-lafi dan Ababneh (1999) cit Darout et al (2001) siwak dapat menginhibisi (menghambat) pembentukan plak gigi, pertumbuhan dan produksi asid oleh beberapa bakteria kariogenik.


WHO pada tahun 1984 dan Consensus Statement on Oral Hygiene (2000) menganjurkan penggunaan chewing stick (kayu sugi) kerana efektivitasnya dalam menghilangkan plak dan mencegah karies gigi.


Komposisi Siwak mempunyai kesan sebagai berikut: (Tubaishat et al 2005):

Trimethylamine berguna untuk menghilangkan karang gigi dan stain (kotoran), juga sebagai anti-bakteria, anti-inflamasi dan mampu menstimulasi gingiva.
Chloride sebagai penghalang pembentukkan calculus dan membantu menghilangkan stain ekstrinsik dari gigi.
Flouride berfungsi untuk memperkuat enamel gigi, mendukung remineralisasi sehingga mencegah terjadinya karies gigi. Ion flouride juga membentuk kesan penghalang terhadap pertumbuhan bakteria pada plak gigi.
Silika suatu bahan abrasif yang berfungsi membantu membersihkan gigi kerana silika bekerja sebagai bahan pembersih yang dapat menghilangkan kotoran.
Vitamin C membantu penyembuhan dan perbaikan jaringan gusi.
Tannin atau molekul phenolic yang mengandung zat astrigen yang dapat melindungi gingiva.
Saponin mempunyai sifat seperti sabun yang dapat melarutkan kotoran, dan dapat digunakan sebagai anti-inflamasi (peradangan) dan anti-mikrob.
Flavonoids berfungsi menguatkan gingiva dan dapat mengurangi inflamasi (radang)
Sterol dapat mengurangi penumpukan plak.
Salvadorine berfungsi sebagai anti-bakteria, anti-inflamasi dan gingiva stimulating.
Resins adalah produk amorphous yang membentuk lapisan pelindung untuk mencegah gigi dari karies.
Sulfur bau dan rasanya yang pedas digunakan untuk melindungi gigi dari karies.
Komponen anionik antibakteria adalah sulphate (SO42-), chloride (Cl-) dan thiocyanate (SCN-).

Peranan Siwak Sebagai Anti-karies


Almas dan Al-Zeid (2004) meneliti in-vivo kesan antibacterial yang cepat terhadap Streptococcus mutans dengan menghitung koloni bacteria dalam saliva pada subjek pengguna siwak, ekstrak siwak 50%, berus gigi, dan normal sanlin. Pengukuran menggunakan Vivacare (Caries Risk Test). Hasil penelitian menyimpulkan bahawa ekstrak siwak 50% mampu menurunkan kadar hitungan bacteria Streptococcus mutans dalam saliva dan menunjukkan penurunan bermakna Streptococcus mutans yang lebih besar pada penguna siwak dibandingkan penguna berus gigi biasa.


Cara Penggunaan Siwak



Orang menggunakan siwak dalam bentuk batang atau stick kayu dengan cara:

1. Batang atau cabang siwak dipotong berukuran pensil dengan panjang 15-20 cm. Stick kayu siwak ini dapat dipersiapkan dari akar, tangkai, ranting, atau batang tanamannya. Stick dengan ukuran diameter 1 cm dapat di gigit dengan mudah dan dapat memberikan tekanan yang tidak merusak gusi apabila digunakan.

2. Kulit dari stick siwak ini dihilangkan atau di buang hanya pada bahagian hujung stick yang akan di pakai sahaja.

3. Siwak yang kering dapat merusak gusi, sebaiknya direndam dalam air segar selama 1 hari sebelum digunakan. Selain itu, air tersebut juga dapat digunakan untuk kumur-kumur.

4. Bahagian ujung stick siwak yang sudah dihilangkan kulit luarnya digigit-gigit atau dikunyah-kunyah sampai berjumbai seperti berus.

5. Bahagian siwak yang sudah seperti berus digosokkan pada gigi, dan boleh digunakan untuk membersihkan lidah.


Dengan pesatnya perkembangan teknologi dan ilmu pengetahuan moden maka siwak digunakan dengan cara diolah dahulu kemudian ekstraknya dimasukkan dalam ubat gigi. Suryadi et al (2006) menunjukkan bahwa ubat gigi siwak mampu menginhibisi (menghambat) strain lokal Streptococcus mutans yang diisolasi dari gigi manusia.

Siwak Menerajui Era Sains dan Teknologi




Bagi menyimpulkan kelebihan siwak berbanding ubat gigi biasa, penulis akan memetik kenyataan Dr. M. Ragaii El-Mostehy dan rakan-rakan dari Kuwait dalam Siwak as an Oral Health Device (Preliminary Chemical and Clinical Evaluation):

“It could be concluded that Siwak and powdered Siwak are excellent tools for oral cleanliness. Because of its availability in this part of the world, being inexpensive and readily adopted by Moslems as part of their religious regimen, it is highly recommended in implementing a preventive dental health program for Islamic countries. Also recommendations should be directed to manufacturers of toothpastes to include the powdered form of Siwak in a highly debriding sophisticated toothpaste.”

Namun, perlu kita sepakati bahawa ilmu memberi kita pengetahuan relative dan tidak final serta boleh sahaja ia direvisi atau dibatalkan, sedangkan hadith nabi memberikan kita hakikat yang final dan mutlak iaitu fakta bahawa bersugi menyihatkan mulut dan kesukaan Maha Pencipta. Itu sahaja. Kita tidak mengomentari ini itu (kesimpulan ilmu pengetahuan) untuk selama-lamanya! (hadith)

Wallahua’lam.

Rujukan:

Sayyid Quthb, Fiqhud Dakwah: Maudhu at fi ad-Dakwah wal Harakah. Alih bahasa: Abdul Majid, Lc. Aku Wariskan Untuk Kalian!
Kidd EAM, Joyston-Bechal S. Dasar-dasar karies, Penyakit dan penanggulangannya.
Panjaitan M. Etiologi karies gigi dan penyakit periodontal
Axelsson Per. An Introduction to risk prediction and preventive dentistry.
Axelsson Per. Diagnosis and risk prediction of dental caries.
Wu CD. Chewing Stick, Timeless natural toothbrushes for oral cleansing.
Babay Nadir, Almas K. Effect of miswak extract on healthy human dentin: an in vitro study.
Almas K., Skaug N. Ahmad, I. An invitro antimicrobial comparison of miswak extract with commercially available non alcohol mouth rinses.
Darout IA. Comparative Oral Health status of an adult Sudanese population using miswak and toothbrush regularly.
Tubaisat RS, et al. Use of miswak vs toothbrushes: Oral health belief and behaviors among a sample of Jordanian adults.
Almas, K. The antimicrobial effects of seven different types of Asian chewing stick.
Suryadi A, Mangundjaja S, Soekanto SA, Djais A. Effect of Salvadora percica in dentrifice on streptococcus mutans from humans.
Poisonous Toothpaste Discovered In Chicago Stores
Siwak as an oral health device (preliminary chemical and clinical evaluation)


*Ahmad Aizatnur bin Zakaria merupakan salah seorang penulis jemputan iLuvislam.com. Kini menuntut di USU School of Dentistry di indonesia. Jika anda berminat menjadi penulis jemputan iLuvislam, hantarkan biodata anda kepada spica_gen[at]yahoo[dot]com atau ImKoyube[dot]iluvislam[dot]com.

source: Madrasah Said Hawwa Research Foundation @ http://msaidhawwa.blogspot.com/

Saturday, December 4, 2010

Ya Ukhti! Jalan Ibadah Amat Luas Untukmu!

Ya Ukhti!

Jalan Ibadah Amat Luas Untukmu!
www.iluvislam.com
dihantar oleh : iera nadira
editor : doraemong13



Wahai saudari-saudari muslimahku,

Cubalah kalian nilaikan berapa banyakkah ibadah-ibadah yang kalian boleh lakukan ketika haidh tetapi kalian masih tidak melakukannya. Bukaklah Hisnul Muslim, lihatlah doa-doa dan zikir-zikir yang Nabi Muhammad s.a.w amalkan, nilailah, cerminlah diri kita sudahkah kita amal semua zikir-zikir yang ada di dalamnya.

Jika masih belum puas, periksalah pula kitab al-Adzkar oleh Imam an-Nawawi. Lihat berapa banyak zikir-zikir dan doa-doa yang kalian belum amalkan. Jadi tiada alasan untuk kalian wahai-wahai srikandi tercinta untuk berkata bahawa apabila haidh maka kami kurang beribadah berbanding lelaki.

Wahai saudari-saudari seaqidahku,

Dalam bab membaca dan menyentuh al-Quran. Ulama-ulama umat masih berbeza pendapat tentang pengharamannya. Seandainya saudari berpegang kepada pendapat mengharamkannya, masih banyak ibadah yang saudari boleh lakukan bahkan tak akan habis untuk saudari lakukan di satu malam.

Wahai srikandiku,

Apabila kalian uzur, bukan alasan untuk kalian menghabiskan masa menonton televisyen tatkala si suami sedang bersolat. Bukanlah ia menjadi alasan untuk saudari menghabiskan hari siang dan malammu dengan tidur dan membiarkan si suami bersolat malam sendirian. Bukan juga ia menjadi alasan untuk kalian membiarkan anak-anak terkapai-kapai mempelajari al-Quran sendirian.






Wahai srikandiku,

Cuba kalian kira, berapa minitkah bagi setiap solat yang kalian lakukan apabila kalian berada di dalam keadaan suci. Andai kata 5 minit. Kenapa tidak kalian gunakan 5 minit itu untuk membaca doa-doa dan zikir-zikir yang Rasulullah s.a.w amalkan. Jika kalian solat malam selama 1 jam di bulan Ramadhan ketika kalian suci. Kenapa tidak kalian gunakan sejam itu dikala kalian uzur untuk kalian membanyakkan istighfar, memohon keampunan daripada Tuhan. Biarkanlah air mata kalian keluar pada malam itu. Biarkan ia menjadi saksi ketundukan kalian kepada Allah yang Maha Pengampun.

Wahai saudariku,

Jika kalian tidak berpuasa, gunakanlah kelebihan kekuatan yang ada pada hari itu untuk membantu kawan-kawan kalian yang berpuasa. Saudari boleh sediakan hidangan berbuka untuk mereka dan membiarkan mereka berehat. Saudari juga boleh membantu mereka melakukan kerja-kerja rumah, dan mengurangkan kerja-kerja mereka. Bukankah ini semua ibadah wahai srikandiku.

Wahai saudariku,

Jika saudari berpegang kepada ulama yang menyatakan haram wanita uzur memasuki masjid, masjid banyak ibadah yang boleh saudari lakukan dirumah. Jika saudari berpegang kepada pendapat membenarkan saudari yang uzur ke masjid, banyak juga yang saudari boleh lakukan di masjid walaupun tidak bersolat.

Saudari boleh membantu menjaga kanak-kanak kecil yang sedang bermain tatkala ibu bapa mereka bersolat. Saudari boleh bacakan kepada mereka kisah-kisah nabi, saudari boleh mengajar mereka membaca Alif, Ba, Ta. Saudari boleh menenangkan mereka tatkala mereka menangis menanti si ibu yang sedang bersolat. Bukankah ini semua ibadah wahai srikandiku.

Ya ukhti,

Sungguh luas jalan ke syurga yang Allah bentangkan untuk saudari. Janganlah saudari sempitkan jalan yang luas itu. Mahukah saudari menempun jalan mudha ke syurga? Bukankah jalan ke syurga dimudahkan untuk mereka yang menuntut ilmu.

Saudari boleh gunakan masa yang biasa saudari lakukan untuk solat dengan membaca buku-buku agama. Saya nasihatkan saudari untuk memulakan dengan bahan bacaan asas agama. Saudari mulakanlah dengan membaca buku-buku berkaitan akidah. Pilihlah buku yang mudah. Saudari boleh membaca Kitab at-Tauhid karangan Shaikh Muhammad bin Abdul Wahab. Sangat ringkas buku ini dan mudah untuk saudari fahami. Saudari juga boleh membaca buku saudara Hafiz Firdaus Abdullah tentang contoh-contoh hal yang boleh merosakkan akidah. Selepas itu saudari hendaklah membaca buku tentang bersuci.

Buku kecil Sifat Wudhu Rasulullah amatlah berguna buat saudari. Selepas itu bacalah buku Sifat Solat Nabi untuk saudari memperbaiki mutu solat saudari. Saudari juga tidak boleh melupakan hukum-hakam khas untuk gadis atau wanita seperti saudari. Bacalah buku-buku berkaitan hukum hakam haidh, istihadah dan lain-lain. Saudara boleh membaca buku karangan Shaikh Shalih al-Utsaimin berkaitan hal ini.






Wahai saudariku,

Saya kira jika mahu ditulis kesemua di sini akan hal-hal yang boleh dilakukan oleh wanita-wanita yang uzur, nescaya akan habislah dakwat pena, akan menjadi bermuka-muka tulisan ini. Dan saudari juga mungkin tidak akan mampu melaksanakan kesemuanya.

Ya ukhti,

Ingatlah Allah Maha Adil. Keuzuran pada wanita bukan penghalang mereka beribadah. Sematlah rasa cinta pada Tuhan, yakinlah pada keadilanNya, titiskanlah air mata memohon keampunanNya.

Wallahu’alam.


source: www.iluvislam.com **Abu Usamah Mohd Masri bin Mohd Ramli Tampin, Negeri Sembilan, Malaysia. Pelajar UIA, kuliah Ekonomi. http://lobaitampin.blogspot.com/

Qailulah Yang Tersirat

www.iLuvislam.com
dihantar oleh : pencari_ketenangan
editor : almusafirq8





Tidur siang pernah dianggap sebagai salah satu tanda kemalasan. Islam menganggapnya sebagai suatu kebaikan asalkan seseorang itu tidak berlebih-lebihan dengannya.
Di dalam kitab 'Misykatul Masabih' disebutkan tentang salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi :

"Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji. Rasulullah SallAllahu Alaihi wasallam ada melakukannya."


Imam Al Ghazali di dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' telah berkata :

"Hendaklah seseorang tidak meninggalkan ibadah di malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum tergelincir matahari untuk solat zohor."


Islam mempunyai pandangan tertentu tentang tidur tengahari. Ia dianggap sebagai sunnah dan bukan sebagai satu yang keji. Tidurnya hanya sekejap. Tujuannya adalah untuk kesegaran tubuh badan agar dapat dimanfaatkan untuk melaksanakan amal dan ibadah yang berkualiti.

Dewasa ini, berpandukan kajian-kajian saintifik, tidur sekejap di waktu siang (day napping), terutamanya pada waktu tengahari, didapati amat berkesan untuk mempertingkatkan tenaga, tumpuan dan akhirnya produktiviti pekerja-pekerja.
Baru-baru ini satu kajian 25 tahun tentang kesan tidur ke atas negara-negara industri dan pasca industri telah mendapati bahawa 92.5% pekerja-pekerja yang berkesempatan tidur di waktu tengahari, mempunyai daya kreativiti yang lebih tinggi. Daya kemampuan mereka untuk menyelesaikan masalah juga meningkat. Semua ini pastinya meningkatkan produktiviti.
(Napping News : 'Scientific Proof Confirms : Napping Enhances Worker Productivity,' from eFuse)




Waktu tengahari merupakan masa yang paling sesuai untuk tidur seketika kerana sistem badan kita memang bersedia untuk memanfaatkan fasa tidur pada waktu itu. Fasa ini disebutkan sebagai 'a midafternoon quiescent phase' atau 'a secondary sleep gate'.
Di antara tokoh-tokoh yang menggalakkan tidur tengahari ini adalah Dr.William A.Anthony, Ph.D. dan Camille W.Anthony, pengarang buku 'The Art of Napping at Work'. Demikian juga yang disebutkan oleh David F. Dinges dan Roger J. Broughton di dalam buku mereka 'Sleep and Alertness: Chronobiological, Behavior and Medical Aspects of Napping'.

Dr. James Maas, pakar tidur dari Cornell University juga telah merumuskan bahawa tidur di tengahari sekadar 15-20 minit sudah mencukupi untuk mengembalikan tenaga dan menjaga kesihatan. Seorang pengkaji yang lain, Donald Greeley, telah mengatakan bahawa tidur tengahari adalah bermanfaat selama mana ianya tidak melebihi satu jam.
(Gail Benchener: 'Parents and Sleep Deprivation,' Family.com)
Sunnah tidur tengahari yang diajarkan Nabi SallAllahu Alaihi Wasallam rupa-rupanya merupakan suatu yang amat saintifik lagi relevan pada hari ini.

source:http://www.iluvislam.com