Sunday, June 13, 2010

Riak

Assalamualaikum...
Alhamdulillah..dipanjatkan kesyukuran kepada Allah swt kerana Dialah daku masih lagi dapat hidup dan mengizinkan daku menaip di papan kekunci ini. Selawat dan salam diberikan kepada penghulu nabi,Rasulullah saw,ahli keluarga baginda serta para sahabat baginda sekalian.

Disini ingin daku coretkan berkenaan RIAK. Harapnya sedikit ilmu yang ingin ku kongsikan di sini dapat diambil faedahnya oleh para pembaca sekalian. Selamat membaca dan menghayati!!:)

Perkara yang paling Rasulullah saw takuti ialah syirik kecil iaitu riak. Riak merupakan perkara yang amat merbahaya. Oleh itu,kita perlu berusaha mengelakkan diri daripada terlibat dgn sifat riak ini.

Elak Riak

Antara perkara yang perlu kita lakukan bagi mengelakkan sifat riak ini ialah BERUSAHA. Kita tak akan dapat apa-apa pun kalau buat benda kerana manusia. Usaha kita perlulah ikhlas serta berdoa dan bertawakal kpd Allah Ta'ala. Selain itu,kita mestilah BERDOA. Kita hendaklah berharap kepada Allah swt semoga amalan yang dilakukan benar2 keranaNya semata-mata. Dalam sebuah hadis Nabi saw,yang diriwayatkan oleh Imam Muslim,terdapat 3 golongan yang datang menghadap Allah swt untuk mendapatkan pembalasan. Datang golongan pertama iaitu roh orang syahid. Allah telah bertanya padanya,apa yang kamu lakukan atas dunia dahulu. Kata roh syahid itu,aku menegakkan agama,menegakkan kebenaran. Kata Allah,tipu!! Kamu berjihad bukan kerana Aku tapi kerana nak tunjukkan yang diri kamu itu hero. Lalu dia dihumban ke dalam neraka. Datang pula golongan kedua iaitu orang yang banyak bersedekah. Allah bertanya pula kepada golongan ini,apa yang kamu buat atas dunia dulu?? Lalu dijawabnya,aku guna harta untuk infak,derma. Allah berkata,ya,kamu derma,infak tapi kamu buat itu kerana nak dapat gelaran dermawan,pemurah. Lalu orang ini dihumban ke dalam neraka. Datang pula golongan ke 3,roh orang yang banyak ilmu/Qari. Roh yang banyak sebarkan ilmu. Ditanya Allah,apa yang kamu buat atas dunia dulu?? Dijawabnya,aku ada ilmu Al Quran untuk ajar kepada orang lain. aku baca Quran sebab nak ajar orang lain. Allah menjawab balik,tipu!! Kamu buat semua ini kerana nak suruh orang panggil kamu hebat. Dihumban orang tersebut ke neraka. Na'uzubillahiminzalik!!!

Di akhirat kelak,orang yang riak akan disuruh oleh Allah swt pergi kepada orang yang dia buat amalan kerana orang itu. Mana la tahu,mungkin orang itu dapat memberinya ganjaran. Padahal,ini tak mungkin berlaku.

Pernah satu hari Umar al Khattab melihat seorang sahabat berjalan tunduk kepalanya. Umar melihatkan cara sahabat itu tidak ikhlas tetapi kerana menunjuk. Lalu Umar menegur sahabat itu,"khusyuk itu bukan di leher tetapi di hati".

Nama-nama orang Riak

Di akhirat kelak,orang riak dipanggil dgn 4 nama. Antaranya,Ya Murai,wahai orang yang riak. Ya Ghadir,wahai penipu. Ya Fajir,wahai orang yang jahat. Ya Qasir,wahai orang yang rugi.Sudah tentu kita malu apabila dipanggil sebegini di akhirat kelak.

Jenis munafik

Terdapat 2 jenis munafik iaitu munafik hakiki dan munafik amali. Munafik hakiki ini adalah orang kafir dan munafik. Manakala amali pula ialah orang munafik dari sudut amalan iaitu orang Islam kita sendiri. Sifat-sifat sepeti bohong,khianat,mungkir dll inilah sifat munafik orang Islam.

6 Kategori Riak

1) Tubuh badan

Dalam kategori ini,si pelakunya cuba menzahirkan keadaannya yg kelihatan seakan-akan letih dan pucat supaya kelihatan seperti melakukan Qiamullail. Lalu sengaja dia bertanya kpd orang lain adakah dia kelihatan lain?? Juga akan diceritakan apa yang dilakukannya semalam.

2)Kelakuan/keadaan

Jika dia melakukan zikir dan amalan2 lain,dipejamnya mata dan ditundukkan kepala tanda khusyuk. Dilakukan sebegini supaya orang memandangnya seolah-olah dia warak.

3)Pakaian

Dipakainya pakaian yang kasar,bertampal-tampal supaya orang memanggilnya dgn gelaran ahli sufi mahupun zuhud.

4)Perkataan

Dalam konteks ini,bibirnya digerakkan seolah-olah berzikir,membaca al -Quran.

5)Amalan

Contoh yang boleh dilihat ialah dalam solat.Orang yang riak akan berdiri begitu lama,sujud dan rukuk lama jika di depan khlayak. Namun,jika di belakang orang,dilakukannya dgn ekspress sekali.

6)Orang yg ada ramai guru/anak murid

Orang ini berbangga kerana berguru dgn ramai guru dan mempunyai ramai anak murid. Dengan ini,diceritakannya hal ini kepada orang lain untuk menunjukkan rasa bangganya itu.

Akibat Riak

Amalan yang dilakukan semuanya sia-sia. Amalan tersebut tidak dikira dan terhapus.
Amalan ini juga menunjukkan seolah-olah memperkecilkan Allah. Menghina Allah. Kerana apa?? Kerana menganggap orang lain lebih penting drp Allah. Sifat riak ini akan menyebabkan pelakunya menuju kepada kehancuran.

Peringkat Riak

3 peringkat ada pada riak ini. Pertamanya,riak yang paling teruk ialah riak golongan munafik kerana menzahirkan iman tetapi sebenarnya tidak beriman. Keduanya,riak dalam ibadat wajib. Depan buat,belakang tinggal. Hukumnya berdosa besar kerana meninggalkan amalan wajib. Ketiganya,riak amalan sunat. Sama juga dgn ibadat wajib tadi. Di depan orang buat,namun ditinggalkan apabila tidak dilihat orang.

Dalam surah al mulk ayat 1-2,Allah berfirman," Maha Suci Allah yang ditangan-Nya lah segala kerajaan dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu(1). Yang menjadikan mati dan hidup,supaya Dia menguji kamu siapa diantara kamu yang lebih baik amalnya,dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun"(2).

Dalam ayat tersebut Allah menyatakan bahawa tidak Dia ciptakan hidup dan mati hanyalah kerana mahu menguji siapa di antara kamu yang paling baik amalannya. Fudhail bin Iyad menyatakan sebaik-baik amalan ialah amalan yang bertepatan dgn sunnah dan amalan tersebut mestilah ikhlas.

Sebab-sebab Riak

Kita perlulah mengetahui apakah yang menyebabkan timbulnya perasaan riak ini. Hujjatul Islam(Imam Al Ghazali) dalam kitabnya,Ihya' Ulumudin,menyifatkan punca manusia riak ialah antaranya kasih akan dipuji. Contohnya sekiranya dia berjihad,maka dia hendak dianggap sebagai hero. Begitu juga kalau menderma,dia hendak dianggap sebagai seorang dermawan. Sepatutnya yang layak dipuji hanyalah Allah swt. Rasulullah saw berkata,Umar al Khattab apabila beliau lalu di depan syaitan,maka larilah syaitan itu kerana takut akan Umar. Bagaimana pula dgn kita?? Adakah syaitan lari atau suka dgn kita?? Tepuk dada tanya iman. Seterusnya,kata Imam Al Ghazali lagi,takut dicela orang juga punca timbulnya riak. Manusia jenis ini mahukan redha masyarakat dan orang di sekelilingnya sahaja. Bukan redha Allah yang mahu digapainya. Sebaliknya redha insan2 yang tak dapat memberi manfaat atau mudarat kpd kita. Cuba renung diri kita. Adakah sifat ini ada dalam diri kita..??? Harapnya kita semua dijauhi dari sifat yang tercela ini. Jika ada buanglah jauh2 benda ini. Nanti kita juga yang rugi. Biar diri dicela manusia asalkan jangan dicela oleh Yang Maha Mengetahui isi hati kita ini.

Sifat tamak juga asbab yang mewujudkan riak ini. Tamak kepada harta,wang ringgit,pangkat. Mengapa?? Mengapa sifat tamak menjadikan kita riak..?? Apabila harta menguasai kehidupan kita,maka disitulah akan wujudnya rasa tidak elok ini. Hendak menunjuk-nunjuk,bangga dgn harta,sayangkan harta dan rakus terhadap benda tersebut.

Ubat Penyakit Riak

Setiap penyakit ada ubatnya. Jika penyakit zahir ada ubatnya begitu jugalah dgn penyakit hati kita. Antara ubat bagi menangani penyakit batin ini ialah perlu ada ilmu. Apabila kita mengetahui bahawasanya pujian manusia tiada manfaat untuk diri kita,apalah perlunya kita bersifat riak. Apalah gunanya mendapat pujian manusia kalau celaan Allah menanti kita.

Selain itu juga,kita mestilah mengambil tahu apa pandangan Allah terhadap kita. Kalau kita tahu Allah memandang riak ini sebagai satu sifat tercela,kita akan mengawal sifat ini dari membelenggu diri kita. Seterusnya kita perlu tamak kepada keredhaan Allah. Maka kita akan sentiasa bersedia untuk merebut peluang tersebut dgn menjauhi sifat buruk ini.

Kita juga harus menyembunyikan ibadat kita. Seperti juga orang yang melakukan kejahatan sentiasa menyembunyikan kegiatan mereka daripada diketahui orang,begitu juga dgn amalan soleh kita untuk melindungi kebaikannya drp diketahui orang bagi mengelakkan riak semata. Jika agar orang mencontohi kita,tidak menjadi masalah. Diriwayatkan oleh Imam Bukhari,Rasulullah SAW bersabda, 7 golongan yang mendapat naungan di akhirat yang tiada naungan selain naunganNya,antaranya seseorang yang menginfakkan ke jalan Allah secara sembunyi yang mana tangan kanannya memberi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui.

Mengharap Pertemuan Allah

Perlu diketahui,termasuk orang yang riak ialah apabila dia takut melakukan sesuatu amalan kerana takut dianggap riak. Masyaallah. Beramallah seikhlas mungkin. Berusahalah mencapai ke arah itu. Dalam surah al Kahfi ayat 110, " Sesiapa yang mengharap pertemuan dengan Allah dalam suasana yang diredhai,hendaklah ia memperbanyakkan amalan soleh dan janganlah ia mempersekutukan Allah dalam beribadat kepadaNya."

Hadis yang diriwayatkan Imam Muslim,hadis Qudsi,Allah berkata, "Sesiapa melakukan amalan keranaKu tetapi mempersekutukanKu dalam amalannya,Aku berlepas diri daripadanya." Maknanya Allah tidak mempedulikan amalan orang itu dan tidak memberi ganjaran kpdnya. Inilah sesuatu kerugian yang amat nyata. Maka jauhilah ia sejauh-jauhnya. Ameen! Wallahu a'lam.

Sekian. Wassalam.







No comments:

Post a Comment