Tuesday, June 8, 2010

Jangan Kikir

Assalamualaikum wbt... kepada semua pengunjung blog ini. Segala puji bagi Allah yang mengizinkan daku mencoret di ruangan ini. Selawat dan salam kepada junjungan kita Nabi Muhammad saw serta keluarga dan para sahabat baginda.

Di kesempatan ini,sudilah kiranya pembaca meluangkan sedikit masa untuk menambah sedikit ilmu dalam ruangan yang agak terhad ilmunya ini. Harapannya,moga kita semua dapat beramal dgn setiap ilmu yg kita dapat terutamanya buat diriku yang agak liat untuk mengamalkan ilmu. Ilmu tanpa amal itu ibarat pohon tanpa buahnya. Sekian.

Kali ini,ana berkesempatan menonton rancangan Tanyalah Ustaz terbitan tv9 yang membincangkan tajuk 'Jangan Kikir'. Program ini telah dikendalikan oleh seorang ustaz yang amat saya kagumi iaitu Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman yang agak berpengetahuan dalam bidang muamalat. Diharapnya kita semua mendapat input yang berharga daripada ceramah ustaz yang lebih dikenali sebagai Uzar ini.

Harun al Basri berkata,tiada perkara yang aku lihat kedatangannya itu pasti dan menyakinkan,tetapi orang tidak ambil endah iaitu kematian. Lebih kurang macam tu lah ayatnya wpun ana rasa ayat ni tak berapa betul. Apa yg penting maksudnya k. Jadikan ini sebagai motivasi untuk kita mencantikkan kehidupan kita dgn bersedekah. Rasa kematian itu memotivasi dan mendorong untuk kita melakukan sedekah.

Seperti mana yang kita tahu,sedekah kepada orang miskin mendapat satu pahala. Manakala sedekah kepada ahli keluarga termasuk adik beradik akan mendapat 2 pahala. Pahala pertama kerana bersedekah dan pahala kedua kerana mengeratkan silaturrahim. Berkaita isu bersedekah untuk mendapat fadhilat dan bukan kerana mendapat redhaNya,perlu difahami bahawa apabila seseorang itu bersedekah kerana mahu mendapat pahala itu,secara tak langsung dia juga mendapat redha Allah kerana ikhlas bersedekah. Amalan yang tak diterima itu adalah kerana tak ikhlas. Orang yang tak ikhlas mendapat pahala pada pandangan manusia tetapi tidak pada pandangan Allah. Dalam hal ini,Nabi saw sendiri menggalakkan para sahabatnya melakukan amalan kerana mendapatkan pahala tersebut.

Dikisahkan bahawa datanglah roh orang syahid naik ke langit pertama,kedua dan seterusnya ke langit ketujuh. Roh orang ini dianggap baik oleh malaikat. Apabila ditanya Allah swt,untuk apakah tenaga yang Aku berikan kepada engkau?? Dijawabnya,aku gunakan tenaga ini untuk berjuang ke jalanmu dan menegakkan kebenaran. Allah berkata,bohong! Lalu dia dicampakkan ke dalam neraka.Seterusnya,datang pula roh orang yang mempunyai ilmu. Yang dikenali kini sebagai ahli Quran serta orang yang berilmu. Namun mereka ini ingin digelar sebagai al-Qari atau alim. Begitu juga dgn roh orang yg mempunyai harta. Mereka yang tidak ikhlas ini menggunakan harta sekadar mahu digelar pemurah dan dermawan sahaja. Bukannya niat untuk bersedekah. Begitulah keadaannya orang yang tidak ikhlas dalam beramal. Minta dijauhkan kita semua dari semua ini. InsyaAllah. Ameen.

Perlu diingatkan bahawa syaitan profesional kerana ia tidak tidur dan akan mendatangi dan menggangu anak adam di depan,belakang,kira dan juga kanan kita. Jika syaitan tidak dapat memerangkap kita melalui cara itu,ia akan cuba pula mengacau niat kita. Iaitu dgn tidak ikhlas melakukan sesuatu amalan. Dan ingatlah,3 perkara yang menghancurkan kita ialah:-
  1. kebakhilan yang mentaati
  2. seseorang yg berasa kagum dgn dirinya iaitu memuji diri sendiri
  3. takbur iaitu dgn memperlecehkan/merendahkan amalan orang lain . Perlu diingatkan bahawa takbur akan menghancurkan amalan kita.

Seterusnya juga,syaitan akan menggangu kita dgn menjadikan kita suka mengungkit kebaikan yg telah kita lakukan. Orang yang tidak mengungkit akan mendapat ketenangan dan tidak bersedih kerana dia yakin akan mendapat yang lebih baik dari itu nanti.

Dalam perihal meminta balasan dalam membuat kebaikan yang kita lakukan,ia tidak menjadi satu masalah. Namun,meminta balasan yang lebih tinggi nilainya daripada apa yang telah ditolong adalah riba. Sudah tentu hukumnya haram. Dalam bentuk fizikal,meminta balasan lebih daripada apa yg diberi merupakan riba. Jadi perlulah menjauhinya. Sebagai contoh,pihak pengantin lelaki menghantar 7 hantaran dgn harga rm1000,manakala pihak perempuan pula menghantar 9 hantaran dgn harga rm10500,ini boleh jatuh dalam bentuk riba. Tetapi sekiranya pihak lelaki menghantar 7 dulang dgn harga rm1000 manakala pihak perempuan dgn 9 dulang berharga rm5000,tidak mengapa. Ini dibenarkan. Ada juga rang yang meminta balasan dalam bentuk bukan yang diberi. Ini dapat dilihat apabila seseorang itu menyuruh kawannya membuat kerja untuknya sebagai balasan kebaikan yang telah dibuatnya. Ini dipanggil ujrah atau upah kerja. Ada pula yang minta tolong supaya menghantarnya dari temerloh ke kl sebagai balasan pertolongan yg telah dilakukannya tadi. Dan ada juga yang meminta balasan dalam melakukan perkara yg sama. Contohnya jika si A telah belanja si B hari ni,maka si B pula minta si A belanja dia pula pada esoknya. Hal ini tidak menjadi masalah. Cuma ia menghilangkan sifat tulen sedekah ini. Sedekah yang sebenarnya adalah dari satu pihak sahaja tanpa adanya balasan dari pihak yang lain.

Berkenaan peminta sedekah yang ada sindiket,sekiranya kita mengetahui bahawa peminta sedekah itu merupakan sindiket yang mempergunakan kanak2 sebagai alat untuk mendapatkan wang dgn niat yang jahat,maka pada masa itu kita boleh untuk tidak memberi sedekah padanya. Tetapi jika kita bersedekah tanpa mengetahui sindiket itu jahat atau tidak,kita mendapat pahala di sisi Allah swt. Dalam kita beramal sebenarnya tidak boleh tengok pada niat orang. Kita perlu lihat pada luaran je. Dalamannya terpulang pada Allah swt. Kalau zahirnya kelihatan tak elok,tidak payahlah memberi. Namun jika elok,bolehlah kita memberinya.

Sebagai penutupnya dalam perbincangan kali ini,syaitan mempunyai kerjanya tersendiri iaitu menggangu kita tidak mengira tempat,jika gagal menggangu kita,ia akan cuba merosakkan niat kiat pula. Jika gagal lagi,ia akan menyuruh kita mengungkit pemberian kita kpd orang lain. Jika gagal lagi,syaitan akan mencuba misi ini pula iaitu menghasut kita supaya TAKBUR,UJUB(KAGUM PADA DIRI), dan SUM'AH(CERITA KEBAIKAN KAT ORANG UNTUK DAPAT PUJIAN). Kesemua perkara ini akan merosakkan amalan sedekah kita. Selain itu juga,syaitan juga meyarankan kita untuk MENGUNGKIT PEMBERIAN KITA.Hal ini boleh terjadi ke atas majikan kpd pekerja spt mengungkit perihal gaji,kerja dll. Musuh kita juga iaitu syaitan membisikkan kata2 jahat dalam fikiran kita dgn mengatakan sekiranya kita memberi kpd orang lain,nanti kita akan jatuh miskin yang mana ia mengajak pula kita kpd kafakiran.

Namun jangan risau,Allah akan menjanjikan keampunan dan kurniaan apabila kita bersedekah. Allah akan menambah kurniaan kepada kita dalam bentuk spritual dan fizikal.

Alhamdulilah,siap juga ana menyiapkan artikel yg tak seberapa best ini. Namun harap kita dapat mengambil iktibar daripadanya. Tunggukan pula bahagian kedua dalam tajuk ini juga. Sekian. Wassalam.