Monday, June 7, 2010

Pergi Tak Kembali

Assalamualaikum wbt kepada para pengunjung blog ini..
ingin saya kongsikan di sini sedikit ilmu yang saya peroleh daripada sebuah program tv iaitu al kulliyyah. yang mana tajuknya adalah 'Pergi Tak Kembali'. pasti ramai sudah tahu apa yg dimaksudkan dgn tajuk itu. tidak lain tidak bukan berkait soal kematian. setiap orang pasti menempuhinya. tiada yang terkecuali melainkan zat yang Maha Kekal sahaja yang tidak akan binasa.

Pada jam 5 petang,hari jumaat bersamaan 4 jun 2010,program tersebut telah membincangkan tentang tajuk tersebut oleh seorang ahli panel yang tidak asing lagi iaitu Ustaz Mohd Sukki Othman atau nama panelnya Ustaz Mohd Shauqi Othman. dibawah ini saya sertakan sedikit hasil perbincangan tersebut. harap mendapat inputnya. sekian.

Dalam surah ali imran ayat 185,Allah menyatakan,"setiap yang bernyawa akan merasakan mati." ini bermakna setiap daripada kita nak tak nak akan mati juga. kita tak dapat lari daripadanya. kebiasaan bagi umat ini umur mereka hanyalah setakat menjangkau 60-70 tahun sahaja. oleh itu,bertaubatlah dari sekrang. kerana apa?? kerana sampai satu saat kita akan menghadapi jua saat itu!! dengan ini,ingatlah mati setiap masa dalam hidup ini.

Pada ayat 99-100 surah al mi'minun,Allah berfirman,"(demikianlah keadaan orang2 kafir itu),hingga apabila datang kematian kpd seseorang dari mereka,dia berkata,"Ya Tuhanku,kembalikanlah aku(ke dunia),agar aku dapat berbuat kebajikan yg telah aku tinggalkan. "sekali-kali tidak! Sungguh itu adalah dalih yg diucapkannya saja. Dan di hadapan mereka ada barzakh sampai pada hari mereka dibangkitkan.

Seterusnya,timbul persoalan adakah orang yang mati itu dapat hidup balik?? sebenarnya,seseorang yang telah meninggal itu tidak akan pulang lagi ke dunia. Ini kerana roh mereka telah berada di alam barzakh atau alam kubur. Apabila berada di sana,roh itu akan menuju pula ke alam akhirat seterusnya ke alam perhitungan bila tiba masanya nanti. Yang menjadi persoalannya,siapakah yg dilihat menyerupai roh si mati itu?? Yang pulang ke dunia semula itu ialah Qarin atau jin.

Perbincangan dihangatkan lagi dgn persoalan adakah menabur bunga atau air di atas kubur dibenarkan..?? seperti yg diterangkan ahli panel,menabur bunga tidak ada dalam sunnah. dalam hal ini,kita perlu lihat pada tujuan. Apa tujuan menabur bunga tersebut.. Kalau nak bagi wangi,itu adat biasa. Kalau nak ikut kaum barat,itu tak dibenarkan. Namun,dalam hal menyiram air,Bilal bin Rabah pernah menabur air di atas makam Rasulullah SAW.

Ada soalan yang diajukan berkaitan adakah menangis akan menyeksa mayat?? Jawapan yg diberikan adalah menangis itu perkara biasa. Nabi pun menangis apabila orang yg baginda sayang pergi. Yang dilarang adalah meratap,meraung. Menangis tidak ada kesan pada mayat pun sekiranya air mata yg menitis terkena atas badan si mati.
Soalan lain pula ialah membaca ayat al Quran sedekah adakah sampai kpd si mati.. imam Syafie mengatakan tidak sampai. Ulama Imam Nawawi pula kata sampai. Pendapat jumhur ulama mengatakan selepas membaca Quran,baca doa untuk si mati maka akan sampai. InsyaAllah,kalau baca dgn ikhlas,akan sampai.

Berkaitan solat jenazah ghaib pula,solat tersebut dilakukan tanpa ada jenazah di depan. Maka,jenazah yang hilang,tak dijumpai,dimakan binatang dan sebagainya harus dilakukan solat jenazah ghaib ini.Tarikh kematian dan tarikh lahir kita tidak ada kaitan langsung. Yang penting buat persiapan sentiasa. Semua itu dalam ilmu Allah sahaja. Manakala,air yg disiram di atas kubur itu tiada kena mengena dgn air yasin atau air tahlil. Air yg digunakan air biasa2 saja.

Fungsi pokok yg ditanam atas kubur itu pernah dilakukan oleh Nabi SAW dahulu. Bilamana Nabi lalu di depan satu kubur,Nabi mengatakan kpd sahabat bahawa kubur itu sedang diseksa kerana tidak membersihkan air kecil dan adu domba. Lalu Nabi mengambil ranting lalu diletakkan di atas kubur itu. Ini bertujuan supaya tumbuhan itu dapat mendoakn utuk orang tersebut. Kubur yg dihias cantik pula dan membina binaan atas kubur dilarang dalam Islam seperti marmar dll. Next,dalam hal mencari pelajar tahfiz atau pondok untuk menjadi imam solat jenazah secara beramai-ramai adalah satu perkara yg elok... Ini kerana dapat memberi manfaat kd si mati hasil doa secara beramai-ramai. Namun,perlu diingatkan juga,jgn jadikan ia sebagai satu upah,takut-takut tak ikhlas pula.

Adakah wujud solat sunat hadiah?? Ada yang beranggapan supaya harap tak diseksa. Ini satu anggapan yg salah. Hanya amalan sahaja yg dapat memberi manfaat. Solat ini sebenarnya tidak ada pun. Cuma mungkin orang tua dahulu kata,buat solat sunat,bersedekah dan hadiahkan kpd si mati tersebut. Dan ada segolongan orang awam berpendapat,roh ada pada ptg khamis dan Jumaat shj..benarkah ini..??
Pemikiran sebegini tidak boleh diambil kira. Roh ada di alam barzakh. Ziarah kubur pula untuk mengingati mati. Bukan semata2 hendak menziarahi roh tersebot.

Bilamana seseorang bermimpi ada someone mati,itu sebagai satu peringatan untuk kita mengingati mati yg akan datang satu hari nanti. Apabila kita nazak kita akan diganggu oleh syaitan.jika mati mengejut,macam mana pula tu..?? Yang pastinya masa kita kat kubur dgn masa di sisi Allah tidak sama. Kalau orang dulu mati beribu dan berjuta tahun,kita pula baru mati zaman skrang,masanya di sisi Allah tidak sama dgn masa kita yg kita ada ini. Hanya Dia yg lebih mengetahui.

Dalam perbincangan ini,kesimpulan yg dibuat oleh Ustaz Shauqi ialah masa yg berlalu tak akan kembali lagi. Bila saatnya mati nanti,akan ditunjukkan tempatnya nanti. Wallahu a'lam. sekian.

Alhamdlillah siap juga ana menulis artikel yg tak seberapa ini.. moga dapat mengambil pengajaran drpnya.Wassalam.

No comments: