Wednesday, June 9, 2010

Jangan Kikir Bhgn 2

Salam..
Subhanallah,Alhamdulillah,Allahuakbar.. Segala puji bagi Allah,Tuhan pentadbir sekalian alam kerana telah mengizinkan ana berkarya sedikit ilmu di sini.Ana ingin menyambung sedikit perbincangan berkenaan tajuk di atas.Diharapnya kita semua mendapat manfaat daripada perbincangan oleh seorang penceramah yang amat saya gemari iaitu Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman atau lebih dikenali dgn panggilan Uzar dalam laman sesawangnya. Perbincangan ini saya tonton dala program Tanyalah Ustaz terbitan TV9,dekat di hati.

Perbincangan pada pagi tersebut dimulakan dgn satu ayat al Quran yg bermaksud,"Dan perumpamaan orang2 yang membelanjakan harta ke jalan Allah kerana hendakkan redha Allah dan nak meneguhkan di jalan Allah,mereka itu.....",dan seterusnya. Saya tidak pasti surah apakah yg dibacakan oleh ustaz tadi. Maaf atas kecetakan ilmu ana. Anda boleh merujuk al Quran karim. Selepaskan membacakan ayat tadi,Uzar menerangkan bahawa apakah yg diperoleh bila kita bersedekah. Bisikan syaitan pula selalu menjanjikan kefakiran kepada kita apabila bersedekah,padahal bersedsekah dapat memurahkan rezeki. Pada pagi hari,ada dua malaikat yang mendoakan kita,salah seorang daripanya berdoa,"Ya Allah,berikanlah rezeki kpd orang yang membelanjakan hartanya ke jalanMu",manakala malaikat yang satu lagi berdoa,"Ya Allah,kamu jadikanlah orang yang bakhil itu hartanya/rezekinya rosak". Lebih kurang macam tu lah doanya wpun saya rasa saya tulis x berapa betul ayatnya. Yang penting maksudnya sampai.

Manfaat yang diperoleh apabila bersedekah

Pertamanya,mendapat blessing(barakah) dan keredhaan Allah swt. Barakah ini tak dapat dinilai oleh wang ringgit. Kenikmatan di alam barzakh dan akhirat tak dapat dilihat oleh mata kasar kita ini. Itulah cabaran dalam melakukan ketaatan kepada Allah di muka bumi ini. Barakah ini dapat menghampirkan kita kepada kebaikan. Ini bermakna dgn barakah ini,kita senang dan suka membuat kebaikan. Kita juga berasa ringan dalam melakukan amat soleh. Makin banyak kita melakukan sedekah serta kebaikan lain,lagi banyak bisikan2 yang datang supaya kita menjauhi diri daripada melakukan keburukan dan bersegera berbuat kebaikan. Bila kita melakukan sedekah ini,ia merupakan antivirus dosa bagi menjauhkan kita drp sebarang maksiat lain.

Manfaat lain yang diperoleh ialah dapat memadamkan dosa-dosa kita. Dosa2 kiat dapat dihapuskan dgn melakukan sedekah ini. InsyaAllah. Seterusnya,sedekah ini juga dapat menjauhi kita daripada kesakitan. Kesakitan yang macam mana itu?? Sabda Nabi saw," ubatilah kesakitan kamu melalui sedekah". Sungguh cantik apa yang diberitahu oleh Rasulullah ini. Melalui amalan sedekah,penyakit kita dapat diubati. Dalam hal ini,kita perlu bersangka baik dgn Allah. Allah menyatakan bahawa, Aku berada atas sangkaan hambaKu. Bilamana dia bersangka baik dgnKu Aku juga bersangka baik dgnnya. Bilamana hambaKu buruk sangka dgnKu Aku juga buruk sangka dgnnya. Bersangka baiklah dgn Allah yang mana dia dapat menyembuhkan penyakit kita. Kita harus menyedekahkan apa yang paling kita suka. Uhh...bila dgr ayat ini,pasti ramai enggan berbuat demikian. Sudah tentu kita amat sayang akan barang2 yang kita suka. Pernah terjadi dahulu,ada seorang yg sakit lumpuh,yang mana dia menyuruh isterinya menyedekahkan makanan yg digemarinya. Namun isterinya berkata tidak usahlah bersedekah makanan itu kerana kasihan melihat suaminya itu. Isterinya hanya menyuruh Suaminya sedekahkan wang yang sama nilai dgn makanan itu. Lalu suaminya menyuruh isterinya menyedekahkan kedua-duanya. Isterinya yang patuh itu hanya menuruti. Beberapa lama kemudian setelah peristiwa itu,penyakit lumpuhmya sembuh. Dgn izin Allah. Inilah satu kisah yang dapat memotivasikan kita untuk lebih ringan menghulurkan sedekah.

Dalam perubatan pula,sedekah dapat menjauhi seseorang drp penyakit. Kemalangan juga dapat dielakkan. Contohnya,jika orang yang bersedekah itu kemalangan juga,mungkin dia akan cacat kalau dia x sedekah, Jadi,sedekah itu dapat menyelamatkannya drp cacat wpun ditinpa accident. Dan mugkin juga hanya kereta dia saja yang rosak sedangkan nyamwanya selamat.

Selain itu,sedekah juga dapat menjauhi malapetaka. Contohnya kemalangan tadi. Sedekah dapat memberi kita peluang pekerjaan untuk bekerja. Mungkin apabila ditemuduga,orang melihat muka kita manis je kerana suka bersedekah. Dgn serta merta,orang akan rasa tertarik untuk mengambil kita bekerja.

Terdapat sahabat Nabi dahulu yang tidak mampu bersedekah. Dgn ini mereka mahu menandingi sahabat2 yang kaya. Jadi Nabi menyarankan agar mereka melazimkan membaca Subhanallah,Alhamdulillah,Allahuakbar.

Sedekah juga dapat menambahkan rezeki. Kita perlu melihat rezeki ini dalam bentuk yang luas. Rezeki bukan dalam bentuk wang sahaja. Malah lebih luas dari itu. Jika orang lain sakit,namun kita dalam keadaan sihat,itu rezeki namanya. Kalau orang lain dapat suami kaki judi,kaki minum,namun kita mendapat suami yang baik,itu juga dikira rezeki. Dapat anak yang baik sedangkan orang lain tidak,alhamdulillah itulah rezeki untuk kita. Pengertian rezeki ini amat luas sebenarnya.

Sedekah paling afdhal

Sedekah yang diusahakan oleh orang yang sedikit hartanya tetapi bersungguh2 untuk bersedekah. Orang yang sedikit duitnya atau cukup2 je,jika dia bersedekah dgn duit itu contohnya Rm20,dapat menyamai sedekah dgn jumlah Rm20 juta.

Sahabat Nabi dahulu memang berlumba-lumba mahu melakukan kebaikan. Nabi berkata jika tak mampu beri sedekah,tolong orang yang beri sedekah dgn duitnya itu kpd orang yg memerlukan. Sahabat bertanya lagi,kalau tak mampu. Nabi berkata,tolong promote kebaikan sedekah itu. Tanya sahabat lagi,kalau yak mampu,kata Nabi,jangan buat maksiat. Meninggalkan maksiat juga termasuk sedekah.

Derma dalam konsert amal disertai maksiat

Menderma adalah satu amalan yang baik. Namun,apabila amalan baik tersebut dicampuri maksiat seperti nyanyian yang disertai artis2 yang berpakaian amat dahsyat,terkinja-kinja menyanyi,pergaulan bebas dan seumpamanya,hal ini bukan lagi derma pada pandangan Allah walaupun derma pada pandangan manusia. Derma yang dilakukan itu bukan lagi termasuk amalan soleh.

Orang yang kikir

Orang sebegini mempunyai perasaan yang mana dia rasa tidak adil kalau orang lain dapat apa yang mereka tak buat. Dalam situasi sebegini,kita kena faham bahawa manusia ini berbeza-beza. Ada yang miskin,kaya,pandai,lemah,kuat dan sbgnya. Jadi,orang yang miskin mempunyai hak terhadap harta si kaya. Dan kita selaku manusia perlu ingat,siapa2 menghalang dirinya drp mengeluarkan zakat,boleh menyebabkan rezekinya kurang. Sampaikan Allah berkata,kalau boleh Aku tak nak turunkan hujan. Ini akibat sikap kedekut si kaya tadi. Dengan ini juga kita harus bersyukur. hari ini kita dapat makan nasi,kerana padi itu tumbuh segar kerana hujan yang diturunkan tadi. Bersyukurlah. Jangan kedekut.

Pilihan yang lebih baik untuk menderma

Dalam menderma atau bersedekah juga,kita boleh membuat pilihan ke tempat manakah yang lebih baik untuk didermakan. Sebagai contoh,ada dua masjid. Satu masjid tidak berapa aktif menggunakan duit tabungan derma manakala yang satu lagi aktif menjalankan aktiviti menggunakan duit derma tersebut. Menderma kepada tabung masjid yang aktif itu lebih baik kerana ia menggunakan wang yang didermakan untuk perkara2 yang berfaedah dan mendatangkan kebaikan. Dalam aspek lain pula,seseorang yang menderma kepada orang yang hendak belajar amhupun untuk berbuat kebaikan2 lain,maka orang yang menderma itu mendapat pahala hasil bantuan yang dilakukannya. Sekiranya seseorang yang belajar itu berjaya dan menyebarkan ilmu kepada orang sehingga ke hari ini,maka orang yang pernah membantu orang yang berjaya itu akan mendapat pahala orang yang menyebarkan ilmu itu juga. Wah,ini satu pahala yang amat besar!!

Kedekut yang dibenarkan

Tidak boleh memberi harta untuk tujuan maksiat. Kedekut sebegini dibenarkan dalam Islam. Selain itu,ada prioriti. Tanggungjawab untuk nafkah isteri dan anak2 boleh untuk seseorang itu tidak memberi sedekah kpd seseorang itu.

Mengubah hati orang kikir untuk berubah

Rasulullah saw memberi motivasi kpd kita,kalau kamu mampu keluarkan orang yang jahat kepada kebaikan,kamu akan mendapat pahala yang lebih baik dr unta merah. Unta merah diletakkan di sini kerana unta merah zaman dahulu amat berharga. Sebenarnya hidayah itu milik Allah. Segala usaha yang dilakukan itulah yang akan dilihat bukan natijahnya. Oleh itu janganlah kita merasa kecewa kalau orang tersebut tidak mahu berubah apabila kita sudah menasihatinya. Sesungguhnya kita sebagai manusia yang lemah ini tak mampu untuk membuka hati orang lain. Yang berkuasanya hanyalah Dia. Mungkin orang tersebut akan mendapat hidayah tetapi dalam jangka masa yang agak lama. Mungkin dalam 10,20 tahun akan datang apabila kita sudah meninggal. Wallahu a'lam. Apa yang penting berusaha dan doakan orang tersebut. Dan kita juga tak perlu mengharap dan menunggu balasan sedekah yang kita lakukan daripada Allah. Apa yang penting kita betul2 ikhlas dalam berbuat kebaikan. Itulah yang paling penting.

Kesimpulan

Sekecil-kecil sedekah adalah tidak melakukan amalan jahat. Jika kita senyum sekalipun,itu juga adalah sekeil-kecil sedekah. Walaupun kecil,namun impaknya amat besar. Janganlah kita berburuk sangka terhadap kebaikan orang lain. Dan janganlah memberi peluang orang lain berburuk sangka kepada kita. Pernah terjadi dahulu Rasulullah berjalan bersama isterinya Safiyyah. 2 orang Ansar telah nampak Nabi bersama afiyyah. Lalu 2 orang Ansar itu mempercepatkan langkah mereka. Nabi memanggil mereka berdua. Lalu Nabi berkata,"ini isteriku Safiyyah." Berkata orang Ansar tersebut,"kami tak akan bersangka buruk kepada kamu,Rasulullah." Kata Nabi,"Aku bimbang syaitan akan melontarkan perasaan sangka buruk kepada kamu."

Lihatlah. Betapa Rasulullah takut jika perasaan begitu timbul dalam hati manusia apabila melihat sesuatu perkara yang belum dipastikan kesahihannya. Kita perlu tahu,orang barat juga suka bersedekah. Ini menjadikan kehidupan mereka kaya dan bahagia. Gite,merupakan pengasas Microsof Office Word,suka memberi kepada orang. Kalaulah orang bukan Islam mampu memotivasi diri mereka dgn perkataan yang tidak seberapa itu,apatah lagi kita orang Islam ini yang lebih mampu memotivasikan diri yang akan ke alam akhirat juga tak lama lagi. Oleh itu marilah sama2 kita memperbanyakkan amal soleh sebelum tiba masa kita nanti. Wallahu a'lam.

Alhamdulillah,itulah sedikit perbincangan yang dapat saya catatkan di sini. Maaf andai tulisan ini tak seberapa yang dikehendaki. InsyaAllah,ambillah pengajarannya sebanyak yang mungkin. Sama2 kita ambil dan amalkan ilmu tersebut. Sekian. Wassalam.

No comments:

Post a Comment