Monday, June 7, 2010

Dosa-Dosa Besar

Assalamualaikum wbt...
kepada para pembaca sekalian..terima kasih kepada anda yg sudi membaca blog saya ini.. pada kali ini saya ingin menulis tentang 'dosa-dosa besar'. Ilmu yang ingin saya kongsikan ini telah saya ambil daripada satu progran tv yang terkenal dan amat diminati ramai,Tanyalah Ustaz di tv9. Seorang ustaz yg membincangkan hal ini seorang ustaz favourite saya iaitu Ustaz Mohd Shauqi Othman. Selama sejam dan 3 hari berturut program ini dijalankan,saya mendapat beberapa ilmu baru yang ingin saya kongsikan di sini. Harap kita semua dapat beramal dengannya. Sekian.

Masyarakat melayu memang gemar kepada benda yang pelik-pelik. Jadi tidak hairanlah jika persoalan berkaitan surat atau sms berantai begitu popular dalam kalangan masyarakat kita. Kita perlu peka bahawa hal ini berkait rapat dalam menentukan akidah kita. Apabila dalam sms tersebut mengatakan akan ditimpa bencana atau mendatangkan manfaat,ia berkait rapat dalam menentukan akidah kita. Hal ini secara tak langsung boleh mengundang dosa besar dan menjejaskan akidah kerana percaya perkara tersebut dapat memberi manfaat atau mudarat kepada kita. Seterusnya,bunuh diri adalah satu dosa yang besar. Di akhirat kelak,orang yang membunuh diri akan melakukan perbuatan yang sama seperti mana dia melakukannya ketika di dunia dahulu. Contohnya,sekiranya seseorang itu membunuh dirinya menggunakan pisau,maka di akhirat kelak pula dia juga akan menggunakan pisau tersebut untuk membunuh dirinya pula. Sekiranya terjun dari bangunan tinggi,dia akan terjun juga ke dalam gaung api neraka. Nauzubillahiminzalik.

Dalam hal ini,nafsu mendapat tarbiyah daripada syaitan dalam melakukan sesuatu kejahatan. Syaitan merupakan penggoda yang amat profesional dalam segala hal. Oleh itu,kita perlu berjihad dalam melawan semua godaan ini. Pertama,jihad melawan nafsu. KIta perlu mencari hidayah Allah SWT. Kedua,jihad melawan syaitan. Dengan ini kita perlu ikhlaskan diri kepada Allah SWT.

Dalam Islam,terdapat yang dinamakan qada dan qadar. Qadar musayyar adalah qada yang tidak boleh dipilih. Ia berkaitan dgn bangsa,agama.jantina dll. Manakala Muqayyar pula boleh dipilih. Kita boleh membuat pilihan dalam hal ini. Dalam hal dosa pahala dll. Sebagai hamba Allah,kita perlu tahu,70% adalah usaha kita dan selebihnya sudah ditentukan Allah. Perlu diketahui semua benda di dunia ini sudah ditentukan Allah sama ada kita ahli syurga atau neraka. Tetapi kita boleh membuat pilihan untuk berbuat baik atau jahat kerana itulah adanya pahala dan juga dosa.

Nabi saw bersabda,Jauhi 7 perkara yg membinasakan antaranya syirik kepada Allah. Keduanya sihir. Sihir boleh jatuh kufur kerana percaya selain Allah. Jampi termasuk dalam sihir. Terdapat 3 golongan yang terhalang untuk masuk syurga iaitu:-
  • orang ketagih arak
  • putus silaturahim
  • orang yg membenarkan sihir

Seterusnya,makan harta anak yatim tergolong dalam dosa besar. Misalnya diadakan kenduri kahwin,jika harta pusaka si mati ada hak anak yatim di dalamnya digunakan bagi majlis tersebut,itu dikira memakan harta anak yatim. Rasulullah saw amat rapat hubungan dgn anak yatim sehinggakan baginda mengisyaratkan jari telunjuk dgn jari hantu sebelah menyebelah.

Rasuah tidak asing lagi dalam negara ini. Walaubagaimanapun,ia merupakan dosa besar yang amat dilarang. Ini kerana kesannya kpd individu tersebut serta akan memusnahkan masyarakat dan negara. Selain itu juga,riba adalah dosa besar. Lari dari medan perang juga termasuk dalam hal ini. Qizaf atau menuduh wanita suci berzina juga dalam kategori dosa besar.

Sesungguhnya,ibadat,muamalat,akhlak,kekeluargaan merupakan aspek2 yang dapat menjerumuskan pelakunya ke dalam dosa besar zahir dan batin jika tidak berhati-hati. Maka,berhati-hatilah!!

Antara kesan dosa besar ialah kesan pada diri dan ummah. Hati kita akan mati. Di dalam kubur nanti.akan ada 99 ekor ular untuk mematuk orang yang melakukan dosa besar. Selain itu bala diturunkan.

Apa langkah pencegahan dosa besar ini?? Ubatnya ialah..

  • kembali kpd perintah Allah
  • jauhi larangan Allah
  • tunaikan perkara fardhu
  • lakukan sebenar-benar ketaatan dan ketakwaan
  • pergiatkan mendalami ilmu
  • pentingnya mencari redha Allah
  • amar makruf dan nahi munkar

Alhamdulillah,itulah serba sedikit ilmu yang dapat saya kongsikan di sini. Harapnya bermanfaat untuk semua pembaca sekalian. Maaf atas penulisan yang tak seberapa elok dan best ini. sekian. Wassalam.

No comments:

Post a Comment