Monday, February 13, 2012

Inspirasi Pencetus Semangat Untuk Dicontohi

Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal, Pelajar terbaik SPM 2008 yang cukup menginsafkan kisahnya bagi penuntut2 ilmu mengambil pengajarannya

Dr. Zaharuddin Abdul Rahman, Pakar ekonomi Islam Malaysia

Fatimah Syarha Mohd Noordin, penulis novel terkenal tanah air

Ramai orang mengimpikan role model dalam kehidupan mereka. Namun, tidak dapat dinafikan bahawa RASULULLAH SAW adalah merupakan sebaik-baik manusia untuk diteladani. Dalam surah Al-Ahzab ayat 21, maksud firman Allah, " Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah."

Namun, lumrah manusia terutama remaja tercari-cari siapakah manusia yang dapat dicontohi di akhir zaman ini yang dapat dilihat di depan matanya sendiri..
Manusia yang dilihat di depan mata kasarnya lebih cenderung untuk diikuti daripada sesusuk peribadi yang indah yang telah lama meninggalkan umatnya di akhir hidup ini. Walhal demikian, setiap diri perlu bijak memilih siapa tokoh inspirasi yang perlu diikuti. Nilaiannya perlulah dengan ilmu dan iman. Bukan dengan nafsu dan kejahilan. Contoh yang diikuti itu pula mestilah seorang yang memilih Rasulullah SAW sebagai ikutan. Ini dapat dilihat apabila masa dan tenaganya digunakan untuk menyumbangkan sesuatu yang bermanfaat dan berharga untuk ummah.
Seharusnya juga kita tidak silap memilih siapa role model kita. Janganlah cenderung mengambil artis barat, ahli sukan yang tidak menutup aurat, k-pop, artis bollywood dan sebagainya sebagai ikutan dalam kehidupan seharian kita. Ianya merugikan malah sia-sia. Ketenangan tidak akan menyinggah dalam diri kita namun hanya kekosongan jiwa semata-mata.

Bagi saya sendiri, saya punya pilihan hati sendiri dalam memilih tokoh kegemaran saya. Saya amat gemar akan penulisan, cara penyampaian dakwahnya, mutiara hikmah yang dikeluarkannya ketika berceramah. Saya mula tertarik dengan tokoh ini apabila mula membaca blognya yang bertajuk, " Saya, Kisah Benar dan Motivasi Diri." Kisah tersebut benar-benar memberi kesan di hati saya dan mencetuskan satu semangat baru kepada saya. Dari situ, saya mula meminati beliau dan karya-karya yang beliau curahkan untuk ummah. Sungguh bermanfaat. Beliau ialah Dr. Zaharuddin Abdul Rahman. Merupakan pakar ekonomi Islam Malaysia. Beliau lebih cenderung kepada bidang fiqh kewangan dan ekonomi Islam. Semoga Allah merahmati dan memanjangkan umur beliau dalam terus istiqamah menyumbangkan sesuatu yang berharga untuk umat Islam yang amat dahagakan ilmu-ilmu baru. Saya juga gemar melawat laman sesawang beliau di Zaharuddin.net. Jika saya rindukan beliau, saya akan membuka laman web beliau dan membacanya. Selain itu, saya akan mendengar ceramah yang disampaikan oleh beliau melalui video-video yang saya simpan. Beliau menjadikan Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi sebagai role modelnya. Beliau merupakan ulama' muda di Malaysia. Beliau juga pernah menjadi pelajar terbaik mengalahkan pelajar-pelajar Arab ketika menuntut di Jordan dulu. Mempunyai seorang isteri dan 4 orang anak. Honestly, Saya tidak pernah berjumpa beliau namun memasang impian agar dapat bertemunya suatu hari nanti. Insyaallah.


Selain itu, suka saya kongsikan seorang lagi tokoh yang amat saya kagumi di abad ini. Beliau merupakan penulis yang amat terkenal di negara ini. Karyanya mampu mencairkan hati-hati yang keras dengan hunusan kata-katanya yang halus berseni.Beliau yang dimaksudkan ialah Ustazah Fatimah Syarha Mohd Noordin. Saya yakin ramai yang mengenali beliau. Saya juga yakin, ramai remaja-remaja di luar sana yang sangat gemar membaca karya penulisannya tidak kira lelaki mahupun perempuan.
Persoalannya, kenapa saya memilih beliau? Tidak ada orang lain lagikah? Semuanya bermula apabila saya tertarik untuk membaca karyanya untuk kali pertama yang berjudul " Tautan Hati." Ia sebenarnya merupakan sebuah novel yang digarap dengan penuh teliti dan berseni. Kata-katanya cukup menggamit hati. Dapat menarik hati sesiapa saja yang membacanya. Insyaallah.
Apabila membaca sahaja novelnya, hati terus tertawan. Ingin sekali mengenali penulis ini. Hati bagai melonjak untuk mencontohi peribadi ini. Watak novelnya seumpama dirinya juga. Terus terinspirasi. Tidak pernah melihat sesusuk peribadi indah sepertinya di saat ini. Kerana itulah saya gemar akan penulisannya dan juga penulisnya. Ia seolah-olah sesusuk peribadi yang baik dan indah yang dibentuk dalam watak dan cerita yang disampaikan dalam karyanya. Begitulah yang aku rasa.
Aku juga turut memasang impian agar dapat berjumpanya suatu hari nanti.Semoga mata dapat bertentang mata.
Semoga beliau bahagia dengan kehidupannya. Sesuai dengan tajuk blognya, " Sebarkan Bahagia."
Inspirasi seterusnya yang menjadi pilihan saya ialah pelajar miskin yang berjaya memperoleh 19A1, 1A2 dalam peperiksaan SPM pada tahun 2008. Kejayaannya amat mengagumkan ramai pihak kerana latarbelakangnya yang datang daripada keluarga yang kurang mampu.
Bagi saya sendiri, kisah kehidupannya dalam melalui liku-liku mengejar kejayaan cukup menginsafkan. Ketabahan ibubapanya dan dirinya sendiri cukup menyedarkan diri ini bahawa kesabaran itulah yang terpenting dalam menggapai kejayaan yang diingini. Tiada jalan pintas. Tidak kira kita orang kaya mahupun miskin. Hanya USAHA dan KESABARAN yang berterusan mampu memenangkan kita.
Terasa diri ini terlalu jauh dengan dirinya. Yang mana bagi saya, pelajar ini cukup berakhlak. Mempunyai kesabaran yang tinngi. Keyakinannya kepada Allah cukup tinggi apabila membuat keputusan untuk mengambil 20 subjek dalam pelajarannya.
Beliau juga seorang anak yang taat kepada orang tuanya. Segala nasihat daripada ibubapanya akan diturutinya selagi tidak bercanggah dengan syariat. Satu kata-kata menarik daripada ayahnya, " Belajar bukan kerana peperiksaan tetapi kerana nak jadi cerdik." Madihah juga tahu membahagikan secara tepat bagaimana cara belajar yang betul dan seimbang. Beliau bijak membahagika antara subjek2 yang perlu dipelajari.
Kata beliau, semua subjek perlu dibahagi sama rata. Subjek2 tersebut tidak boleh dianaktirikan antara satu dengan yang lainnya. Maka. semua subjek penting. Subjek2 tersebut mempunyai fungsi2nya yang tersendiri. Apa yang hebat, tidak semua subjek yang diambilnya dipelajari di dalam keals. Malahan, terdapat beberapa subjek lainnya dipelajari di luar kelas dengan bantuan tenaga pengajar lain.
Sebagai seorang penuntut ilmu, kisah Nik Madihah ini amat menarik untuk dijadikan iktibar. Beliau seorang pelajar yang mengamalkan dakwah bil hal iaitu menunjukkan contoh teladan yang baik kepada ummah seluruhnya. Bukan senang menjadi contoh yang baik kepada semua orang. Ia memerlukan pengorbanan dan kesabaran yang tinngi serta konsisten dalam melaksanakannya.
Saya sebagai pelajar juga tahu bukan semudah ABC untuk melakukan perkara sedemikian. Tanpa kekuatan dan keyakinan yang tinggi, semua itu akan berlaku sekejap sahaja. Kekuatan dalaman dan luaran amat penting bagi mencapai objektif sebagai pelajar yang cemerlang akademik dan agamanya. Yang menariknya, Madihah berpegang kepada prinsip hidup, " Hablumminallah, hablumminannas." Itulah kayu ukur beliau dapat menjadi pelajar yang berjaya dan seimbang dari sudut akademik dan agamanya.
Apa yang penting. moga diri ini dapat mencontohi pelajar yang hebat dari sudut akademik dan akhlaknya. Tanpa akhlak, kepincangan akan berlaku jua. Tanpa iman yang mantap, status sebagai pelajar cemerlang tidak ke mana. Moga Allah mempermudahkan jalannya untuk menyumbangkan sesuatu untuk ummah. Moga Allah memudahkan kita semua melakukan sesuatu yang bermanfaat untuk semua.
Akademik dan agamanya amat seimbang. Tahajud dan puasa menjadi amalan hidupnya.
Semoga beliau berjaya dalam hidupnya hingga ke akhirnya.

Walaubagaimanapun, role model yang dipilih bukanlah untuk diagung2kan, namun sekadar ingin mencontohi peribadi dan sumbangan yang telah dilakukan untuk umat Islam hari ini.

Sekadar perkongsian. Mungkin pembaca di luar sana mempunyai perkongsian yang lebih baik dan menarik daripada yang ini.
Wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment