Sunday, December 26, 2010

Khayalan Cinta Tiada Erti


“Sesegar hijau daunan begitulah kita diibaratkan tiada siapa yang bisa memisahkan kita antara kita semua.” radio ditutup. Abu Hirzan merebahkan badannya ke sofa. Kusut. Serabut fikirannya. Kacau. Dia termenung. Fikirannya terngiang-ngiang mengingatkan peristiwa tadi. Alunan merdu kumpulan Inteam itu mengingatkannya pada peristiwa tadi.Sungguh memeritkan. Mindanya melayang sebentar ke alam tadi. “ Hirz,nape Hirz nak putuskan hubungan dengan Hayat? Apa salah Hayat, Hirz?”tanya Ainul Hayat kerana tidak berpuas hati dengan keputusan mengejut Abu Hirzan. “Hayat,maafkan Hirz andai kata-kata Hirz ini mengecewakan hati Hayat. Namun ketahuilah Hayat,hati ini seakan-akan mendesak agar meninggalkan kisah cinta kita ini. Bagi Hirz,ia tidak lebih dari cinta palsu semata. Maafkan Hirz ,Hayat. Inilah kebenaran yang terpaksa Abu Hirzan berterus-terang,”luah Abu Hirzan dengan tenang namun batinnya menjerit agar tidak meninggalkan Hayat buah hati kesayangannya itu. Berdesing telinga Ainul Hayat mendengar ucapan itu. Gagang telefon ditelinganya seakan terasa panas. Panas membakar. Namun digagahkankan dirinya untuk terus berkata-kata. “ Tapi Hirz, apa salahnya dalam perhubungan kita ini?. Kita tak pernah berjumpa muka apalagi bertemu berdua-duaan. Jauh sekali berpegang-pegangan,bercium-ciuman,bertenung-tenungan. Kita tak pernah melakukan perkara yang bukan-bukan. Hanya sekadar bertelefon dan bersms. Itupun mesej-mesej peringatan dan tazkirah. Kita bercinta kerana Allah,Hirz.”, Hayat mematahkan hujah yang dikemukakan Abu Hirzan tadi. Baginya tiada salahnya dalam perhubungan mereka itu. Malah itu merupakan satu cara dia berkasih sayang kerana Allah. Fikirnya. Jauh di sudut hati Abu Hirzan,berpisah dengan orang tersayang amat memeritkan. Namun apakan daya,demi mengejar cinta hakiki iaitu cinta agung Allah Azzawajalla,dia sanggup berkorban walau pahit ditelan.

“ Tut…tut..tut…”,kedengaran bunyi telefon dimatikan. Abu Hirzan mematikan telefon. Tidak tahan rasanya meluahkan kebenaran. Yang benar perlu dinyatakan walaupun pahit. Ainul Hayat sayu mengenangkan sikap Abu Hirzan yang sudah jauh berubah. Baginya Abu Hirzan bukan seperti dulu lagi. Abu Hirzan bukan Abu Hirzan yang dia kenal dahulu. Abu Hirzan sudah jauh berubah. Berubah mendadak.
Segala kenangan lalu terbayang di fikiran. Ahh,itulah syaitan. Licik. Licik memperdayakan manusia. Walau diri hendak berubah,syaitan masih berusaha membisikkan kata-kata manisnya agar berterusan melakukan maksiat kepada Allah.

Suatu hari,Abu Hirzan menghadiri perjumpaan dalam sebuah halaqah. Halaqah cinta bagi hati-hati yang rindu akan kebenaran. Pertemuan itu dihadiri dengan hati yang ikhlas berkasih sayang kerana Allah. Pada akhir pertemuan tersebut, Abu Hirzan hanya tinggal berdua dengan naqib usrahnya. Masalah yang dialaminya cuba diluahkan kepada naqibnya,Abul Wardi.
“ Akhi, ana nak tanya sedikit soalan boleh?”, tanya Abu Hirzan. Faris tersenyum sambil mengiakan. “ Sebenarnya ana mengalami masalah tentang perasaan ana. Ana serba salah dalam membuat keputusan.”, Abu Hirzan masih berdolak dalik. “ Apa masalah anta? Luahkan ya akhi”, ujar Abul Wardi sambil memegang lembut bahu adik usrahnya itu. “ Ana..ana sebenarnya pernah bercinta,errmm maksud ana,ana sedang bercinta dengan seorang nisa’. Dia sama umur dengan ana. Namun kami berlainan kelas. Tidak pernah kami berjumpa tanpa sebab tertentu. Tapi sungguh kami tak pernah buat perkara bukan-bukan. Kami berhubung pun atas dasar nasihat-menasihati dan saling memperingati. Kami senang kerana ada yang saling mengingatkan. Namun ana telah memutuskan untuk meninggalkan alam cinta kami kerana ana tahu cinta itu hanya cinta palsu”, luah Amar tanpa berkias.

Mendengar cerita sahabtnya itu,barulah Abul Wardi faham masalah sahabatnya itu. Tanpa teragak-agak, Abul Wardi memulakan bicaranya. “ Wahai sahabatku Amar,dengarlah apa yang ku katakan ini. Jangan dikau ambil hati ya sahabat. Bercinta itu tidak salah kerana ia fitrah. Perasaan itu lahir dari fitrah yang suci. Namun ramai yang mencemari kesucian cinta itu melalui jalan yang salah. Remaja seperti kamu ini memang mudah sangat untuk jatuh cinta. Namun akan tenggelam bila telah masuk kedalamnya. Maka tidak hairanlah jika ada mahasiswa mahasisiwi yang berstatus pendakwah terjebak juga ke kancah ini kerana ia fitrah. Nafsu muda tidak dapat mengawalnya. Hanya dengan nilai iman sahaja dapat mencegah dirimu dari terjatuh kedalamnya”, terang Abul Wardi
dengan lancarnya.

“Jadi bagaimana ana dapat mengelak perkara ini daripada terjadi berulangkali?”, soal Abu Hirzan ingin tahu. “ Berpegang teguhlah dengan prinsipmu wahai sahabatku. Apa prinsipmu? Kamu perlu mempunyai prinsip sendiri agar kamu tahu matlamat hidupmu di dunia ini. Kamu juga perlu mempunyai jati diri agar tidak mudah terpengaruh dengan suasana persekitaran. Sekarang ini,terlalu banyak budaya barat menular di kalangan remaja. Tepislah ia dengan keimanan yang mendalam. Usah dihiraukan kata-kata orang. Kerana kita ingin dipandang Tuhan Sang Khalik. Tanamkan di hatimu aku ingin mengejar cinta Allah walau berjuta dugaan mendatang. Kerana disitulah letaknya nilai dirimu pada pandangan Allah. Bila Allah dikejar,percayalah jodoh solehah akan datang”, ujar naqib itu dengan penuh semangat.

“ Ermm tentang hubungan cinta kerana Allah,itu hanyalah alasan untuk menidakkan perhubungan yang telah terjalin. Masakan perbuatan disertai maksiat dilakukan kerana Allah. Mana mungkin itu berlaku. Itu cuma helah semata.”, terang Abu Wardi lagi.

Abu Hirzan mengangguk faham. Dia akui kebenaran kata-kata itu. Selama ini dia hanya tertipu dengan keindahan cinta yang dinampakkan baik oleh syaitan walhal amat buruk pandanganNya di sisi Allah. Kerana apa? Kerana cinta itu hanya dusta semata. Cinta palsu. Tanyalah diri,apa yang aku dapat dari cinta ini? Mungkin kebahagiaan sedang kukecapi. Namun ketahuilah, kebahagiaan itu hanya sementara kerana tanpa keberkatan Ilahi,semuanya tidak diredhai. Apabila Allah tidak meredhai dan memberkati sesuatu perkara itu, mana mungkin kebahagiaan hakiki akan dikecapi. Tidak hairanlah huru-hara dalam rumahtangga mula terjadi. Kerana dikau tidak peduli dengan amaran Yang Lebih Mengetahui,dikau sendiri yang akan menyesali.

Nukilan di atas ku nukilkan buat semua juga diri ini yang sering lupa. Apabila dikau mematuhi suruhan Ilahi, maka Dia pasti memberi. Andai dikau lebih suka membuat peraturan sendiri, Dia tahu apa yang dia tetapi.

Wallahu’alam.

http://nurdianatarikuddin.blogspot.com

2 comments:

  1. Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum kak nurdiana..terima kasih..kak menaip sendiri kah nukilan @ coretan ini ? Subhanallah..trskn kak diana ya..:)

    ReplyDelete
  2. salam dik...alhamdulilllah akak menulis sendiri...semoga doa itu diaminkan malaikat untuk dirimu jua....=)amiin.

    ReplyDelete