Tuesday, December 28, 2010

Adakah selama ini aku menuntut ilmu keranaMu ya Allah?! Muhasabah diri!







Fadhil melihat result examnya. Teruk. Fail! ‘Adui, asyik-asyik fail. Kalau tak fail pun cukup makan
je. Bila nak dapat 4 flat ni’, rungut dia di dalam hati. Qushayyi yang melihat riak temannya penuh dengan kekecewaan, tersenyum sahaja. Bukan apa, result dia paling gempak mengalahkan student-student lain. Tersenyum lebar hingga ke telinga dibuatnya. “ Padan la, kau tu study ala kadar je. Time belajar tido. Suka main2. Bila ada assignment kau main cincai je. Kadang-kadang kau copy je kawan kau punya. Hah,bila nak maju,beb?!,” hambur Najjar kepada Fadhil. “ Tengok aku ni, main-main aku pun lulus gak! Cayalah!”, kata Najjar penuh bongkak. Dia langsung lupa untuk mengucapkan syukur kepada Allah atas kejayaannya itu.

“ Kau study macam mana sampai boleh fail macam ni?,” tanya Qushayyi kepada temannya. “ Aku belajar macam orang lain juga la. Time lecturer bagi assignment, aku buat la. Dalam kelas aku fokus betul-betul. Tapi aku liat sikit kalau nak buat revision. Last-last minit baru aku prepare”,luah Fadhil.

“Oh,itu sebab kau fail. Kau study tak la beria sangat. Asal dapat jawab paper sudah. Tu pasal result kau pun tak ok”,kata Qushayyi. Sambungnya lagi,“ Fad, apa niat kau belajar sebenarnya? Kau tahu tak matlamat kau belajar sebenarnya untuk apa?”, Qushayyi cuba menguji Fadhil.

“ Ala kau ni, takkan tak tahu, of course la aku nak berjaya. Nak gembirakan mak ayah aku, kawan-kawan, pensyarah-pensyarah dan orang kampung aku gak. Hehe. Yang paling best, 4 flat kat tangan. Dapat dekan lagi tu haa. Nanti mudah la nak dapat kerja nanti”, ujar Fadhil penuh semangat.

“ Ohh,bagus betul kwan aku sorang ni. Tapi Fad, kita perlu ada niat yang betul dalam belajar. Hidup ini semata-mata untuk beribadat kepada Allah. Jangan terpesong dari landasan yang sebenar. Contohnya dalam menuntut ilmu atau belajar. Tidak salah jika hendak menggembirakan ibubapa, meraih dekan, mudah mendapat kerja tapi letakkan niat yang pertama sekali kerana Allah SWT. Barulah perkara yang lain itu mudah kita capai nanti. InsyaAllah.

“ Ermm, result kau cemerlang je aku tengok. Setiap semester kau mesti dekan. Apa rahsia kau? Kongsi la sikit”, desak Fadhil. Dia cemburu melihat kejayaan yang diraih temannya itu. Dengan rasa rendah diri Qushayyi berkata, “ Alhamdulillah keputusan cemerlang yang aku perolehi ini dengan izin Allah juga. Aku hanya berusaha je. Tak ada rahsia pun aku belajar selama ni. Cuma aku ambil panduan dalam kalam Allah. Bak kata ustazah Siti Nor Bahyah anda buat anda dapat”, Qushayyi membuka cerita.

Dia berhenti sejenak. Kata-katanya diteruskan lagi. “Kenapa tidak memotivasikan diri kita dengan ayat-ayat Allah? Cari al-Quran. Pujuk diri dengan kalam Allah. Jangan cari panduan selain al-Quran. Nanti terjatuh kita dalam kehinaan. Dalam al-Quran pun Allah ada sebut pasal ni. Kita boleh ambil tips-tips yang dah diberi.

Pernahkah kita mendengar firman Allah, maksudnya,” Katakanlah (Muhammad), mahukah Kami khabarkan kepadamu, tentang orang-orang yang merugi perbuatannya? Yaitu orang-orang yang telah sia-sia usahanya ketika hidup di dunia, sedang mereka mengira telah berbuat sebaik-baiknya.” [Surah al-Kahfi, ayat 103-104]

Hayatilah ayat ini sebaiknya. Allah ada berpesan, terdapat perbuatan yang kita lakukan, walau dianggap elok oleh kita, namun sebaliknya di pandangan Allah. MasyaAllah. Fad, adapun jika kita berhempas pulas dalam belajar, namun niat kita tidak betul, tidak kerana Allah, apa gunanya usaha itu? Sia-sia je kan? Tidakkah itu sesuatu yang rugi. Ya! Memang rugi.

Namun jangan putus asa dengan rahmat Allah. Andai kita sudah sedar dan ingin berubah, pandanglah ke depan dan tersenyumlah dengan janji-janji Allah.

Firman Allah yang berbunyi “ Sungguh beruntung orang-orang yang beriman, yaitu orang yang khusyuk dalam solatnya, dan orang yang menjauhkan diri dari ( perbuatan dan perkataan ) yang tidak berguna, dan orang yang menunaikan zakat, dan orang yang menjaga kehormatannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba sahaya yang mereka miliki, maka sesungguhnya mereka tidak tercela. Tetapi barang siapa mencari di balik itu ( zina dan sebagainya), maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas. Dan ( sungguh beruntung) orang yang memelihara amanat-amanat dan janjinya, serta orang yang memelihara solatnya. Mereka itulah yang akan mewarisi (surga) Firdaus. Mereka kekal di dalamnya.” ujar Qushayyi panjang lebar.



“ Fad, Allah telah menyatakan dalam ayat 1, “ Sungguh beruntung orang-orang yang beriman..”. Cuba perhatikan, keuntungan atau kejayaan dan iman disebut dalam ayat yang sama. Dengan imanlah faktor utama kejayaan kita. Ayat kedua pula menjelaskan, “ yaitu orang yang khusyuk dalam solatnya”. Ini bermakna seseorang itu perlu melakukan sesuatu kerja dengan bersungguh dan sepenuh hati. Sikap sambil lewa tidak akan menyumbang sebarang kejayaan.

Diikuti ayat 3, “ dan orang yang menjauhkan diri dari ( perbuatan dan perkataan ) yang tidak berguna .” Realitinya dapat dilihat kebanyakan pelajar apabila tiba musim peperiksaan, mereka gemar melepaskan tension dengan aktiviti-aktiviti yang tidak bermanfaat. Contohnya,mendengar lagu, tengok movie, bersembang kosong di laman sosial, berehat terlalu lama, keluar karoeka di hari minggu dan banyak lagi. Adalah baik seandainya pelajar lebih mendekatkan diri kepada Allah melalui solat sunat, membaca al-Quran, dan memantapkan lagi ilmu yang dipelajari.

Allah menjelaskan lagi pada ayat ke 4, “ dan orang-orang yang menunaikan zakat.” Walau kita sibuk revision subjek-subjek untuk exam nanti, jangan dilupakan teman-teman yang berada dalam kesusahan. Bantulah mereka dengan berkongsi ilmu yang kita fahami.

“ dan orang-orang yang menjaga menjaga kehormatannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba sahaya yang mereka miliki, maka sesungguhnya merea tidak tercela. Tetapi barang siapa mencari di balik itu ( zina dan sebagainya ), mereka itulah orang-orang yang melampaui batas.”[ayat 5-7]. Fad, janganlah pula kita jadikan alasan untuk berdua-duaan apabila hendak study berlainan jantina. Ini untuk mengelakkan masa daripada dibuang dengan bercakap kosong, bergurau senda, study terabai, kawan sejantina tidak dilayan. Allah ada untuk kita mengadu. Berdua-duaanlah dengan Allah kerana Dia yang memberi ketenangan dan kejayaan pada kita nanti.

“ Ala, apa salahnya kita study dengan rakan-rakan perempuan? Rakan sekelas? Senang sikit nak tanya mana-mana soalan yang tak faham,” Fadhil bertanya. “ Salah memang tak salah, tapi ramai lagi rakan sejantina kita yang pandai dalam satu-satu subjek. Tanyalah diaorang. Lagi senang nak fokus nanti. Tak ada la timbulnya penyakit hati nanti. Nanti asyik nak pandang rakan perempuan kita je. Susah la ilmu nak masuk nanti. Imam Syafi’e pun susah nak masuk ilmu bila secara tak sengaja terpandang aurat wanita. Tu tak sengaja. Apatah lagi kita yang memang sengaja nak pandang,” terang pendakwah yang tersenarai dalam deen list di kampusnya itu.

Fadhil akur dengan kata-kata sahabatnya memang terkenal dengan kepetahannya berhujah. Dia tunduk dengan kebenaran itu. Yang benar tetap benar. Yang batil takkan tertegak.

“ Kalau kau nak tahu Fad, nak jadi pelajar muslim yang berjaya, bukan saja pada pandangan manusia, tapi pada pandangan Allah juga, jangan kita lalai dari menunaikan solat di awal waktu seperti dalam firmanNya ayat 9, “ dan orang-orang yang memelihara solatnya.” Perlu difahami, seorang muslim yang beriman perlu menepati masanya yang ada. Jika solat perlu di awal waktu, belajar pun juga begitu. Mulakan dari awal. Jangan menunggu last minute baru teringat nak buka buku. Perkara ni bukan dalam pelajaran akademik semata-mata, namun dalam seluruh aspek kehidupan kita.”, ujar Qushayyi dengan penuh kesedaran.

Sambungnya lagi, “ Tiada apa yang mustahil untuk kita capai andai Allah arah tujuan kita. Carilah Allah, kejarlah cintaNya, mengadulah padaNya, akrablah dengan al-Quran, remaja seperti kita akan tiada masalah dalam mencari panduan hidup. Namun bukan senang Fad, andai kita masih lalai, tak mahu berubah, nak hidup senang-senang, tunggu kejayaan datang tanpa usaha, tiadalah kita jumpa cinta Allah yang Maha Penyayang.

Bersakit-sakitlah sementara di dunia, letihlah seketika untuk menggapai kebahagiaan abadi.” Pemuda itu berpesan untuk dirinya jua.

Andai bukan kita, siapa lagi? Andai bukan hari ni, bila lagi? Hidup bukan di dunia sahaja tapi akhirnya akan ke sana juga. Bakal mengadap Ilahi dengan diri yang serba kerdil ini. Anggap sahaja masalah di dunia sebagai medan untuk kita lebih matang menempuhi hari-hari yang tersisa ini. Jadikan ia pembakar semangat untuk lebih maju lagi. Bukan sekatan untuk kita terhenti.

Kita adalah permata bagi membangkitkan ummah dari lalai dari kehidupan duniawi.

Fadhil mengangguk faham. Dia mengiakan. Barulah kini dia sedar kesilapannya dalam menuntut ilmu. Dia nekad mahu berubah. Ya Allah, bantulah hambaMu ini membetulkan niat semata-mata mengharapkan redhaMu sahaja. Itu impianku hingga aku pergi mengadapMu nanti. Amiin.

Andai kita meletakkan Allah di hadapan, Allah akan setia meneman. Andai hidup tanpa arah tujuan, jangan mengharapkan sebarang balasan tanpa usaha yang berkekalan. Lakukanlah apa jua perkara LILLAHI TA’ALA. Untuk Allah semata-mata.

Akhir sekali, suka saya memetik kata-kata Ustaz Zaharuddin [UZAR], “ JADIKAN ALLAH, RASULNYA DAN SYURGA YANG DIJANJIKANNYA SEBAGAI MOTIVASI, NESCAYA ALLAH TIDAK AKAN MATI DAN JANJINYA TIDAK AKAN MENGECEWAKAN.”

“ Membiarkan orang lain sahaja yang bermotivasi dalam memperolehi pahala bukanlah sifat orang beriman. Jangan biarkan kata-kata negatif orang terhadap sesuatu yang baik untuk akhirat anda, membantutkan semangat. Jadikan ia pendorong dan motivasi.”

Wallahua’lam.



Disediakan oleh: Nur Diana Tarikuddin
http://nurdianatarikuddin.blogspot.com
28 Disember 2010

No comments:

Post a Comment