Wednesday, August 15, 2012

Pecinta Bersama Orang Dicintainya Di Akhirat

Assalamualaikum Kata Hasan al-Basri, aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu tapi tidak bermakna aku tidak layak menasihati kamu. begitulah pesan ulama' besar ini. pegang kata-kata ini di hati. moga dakwah tidak terhenti hanya kerana merasakan diri terlalu tidak layak dan tidak cukup ilmu. itu hanya permainan syaitan semata-mata. di samping itu berusaha sentiasa untuk menambah ilmu dan memperbaiki amalan. Buat adik-adik remaja di luar sana, Jiwamu merindukan belaian kasih sayang seseorang. Jiwamu begitu merindukan perhatian orang tersayang.Itulah dugaan. Tanpanya insan seperti ikan yang kehilangan air. Menggeletar menginginkan belaian air mencurah ke atasnya. Begitu juga manusia. Sentiasa menginginkan perhatian orang lain ke atasnya dicurahkan. Itu kita dengan manusia. Bagaimana pula kita dengan Allah? Adakah kita mahukan perhatian yang lebih dari Allah? Atau Allah tiada dalam kamus hidup kita? Pandangan manusia atau ALlah yang lebih utama? Inginku menasihati diri ini terutamanya dan juga muda mudi di luar sana, cinta yang baik adalah apabila ia datang dari hati yang bersih. Cinta yang mematuhi pertauran Allah. Cinta yang tidak melalaikan kita dari mengingati-Nya. Andai cinta yang diraih menjadikan diri ini makin alpa, muhasabahlah. Adakah ini cinta yang diredhai? Adakah cinta ini sudah cukup kuat untuk menggapai cinta Ilahi? Adakah cinta ini termasuk dalam salah satu cinta yang mendapat naungan Allah di akhirat kelak?
Andai ingin meraih sesuatu cinta itu, raihlah cinta yang mendapat pandangan di sisi Allah. Bukan cinta yang sia-sia dan membuang masa. Bukan cinta yang tidak memberi sebarang kebaikan untuk dunia dan akhirat kita. Fikirkan masa depan yang lebih jauh. Masa depan akhirat. Mencegah lebih baik dari merawat. Andai sudah terjebak, amat sukar untuk berpatah balik. Hati sudah terlalu buta dengan cinta dusta manusia. Redha Allah entah ke mana. Makin hari makin jauh dengan Allah. Moga ALlah ampuni kita. Wahai insan-insan yang dahagakan cinta, Rasulullah kan ada Cinta baginda cukup bermakna Buat insan kerdil seperti kita Walau telah lama meninggalkan umatnya Baginda tidak pernah lupa Menanti kita penuh teruja Menunggu suatu detik ketika Di mana kan tiba nanti Suatu hari Seseorrang akan bersama orang yang dicintainya Tika itu dengan siapa dikau bersama? Ayah? Ibu? Suami? Isteri? Tunang? Adik beradik? Couple? Ulama? Ustaz? Ustazah? Tok guru? Syeikh? Andai dengan si dia dikau bersama tika itu Adakah dkau yakin akan selamat Adakah pertolongan akan datang? Ayuh berfikir sejenak! Melakukan sesuatu itu biarlah memberi kebaikan dan keselamatan ketika di dunia apatah lagi nun di akhirat sana. Rasulullah memotivasikan kita dengan sebuah hadis, “Seseorang itu akan bersama dengan orang yang dicintainya (di hari akhirat nanti).” (Hadis Riwayat Muslim)

No comments:

Post a Comment